Wednesday, December 28, 2011

::Jom klik2 cari sample free::

First of all,

Thanks Libresse sebab dah dapat sample dari uols..



Another brand yang saya pakai dari zaman sekolah ialah KOTEX..hari ni baru sempat nak register jadi member..alang2 pengguna setia baik register and mintak sampel sekali kan..


klik ja kat PRODUK then Minta Sampel tu..buat muka tak malu jer..bukan org tau pun..haha..best jugak web diorang ni siap dgn soundtrack mak nenek..cute sangat..hehe..jom register kat sini:

Friday, December 9, 2011

::Pukulan Ombak Rindu::


OMBAK RINDU.... Filem yg paling hangat dipasaran sekarang... ye lah.. mana tak nya... ada penonton yg dah menonton banyak kali kat panggung filem nie... tapi citer cinta ni yg dah berjaya membuatkan org jadi gila nak menonton nya berulang-ulang kali! Lebih2 lagi pelakon utama dia siapa lagi kalau bukan si Aaron Aziz yg macho lagi handsome dan charming tuuu!! eeeiiii!! serious rasa nak kunyah2 jerk dia tauuu.... grrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!! geramm ni bukan geramm marah.. tapi aku gerammmm terlebih sukerrr dengan tahapp lakonan dia dlm citer Ombak Rindu niee...

bile aku tengok trailer slot dia kat ASTRO... aku memang dahhh terasaaaa camm citer ni mesti best!!! aku bukan lah pembaca novel Ombak Rindu... so aku tak tahu citer ni berkisarkan apa sebenarnyer... so aku pun start google about filem nie... start digging the info... carik sinopsis filem ni... lepas dah dpt tahu ianye merupakan sebuah cerita berkisarkan sebuah novel.. aku terus teringat pada cerita Nora Elena yg mana diadaptasi kan dari cerita Kasih Yang Suci! Biler sebut Nora Elena.. terus teringat pada si Seth Tan... aaauuuwwww!!! lakonan Aaron Aziz yg sungguh mengancamm perasaaan seluruh wanita di Malaysia which termasuk lah aku jugakk!! muahahaha....

So faktor pelakon jugak menjadi faktor utama aku nak tengok filem Ombak Rindu nie... serious tak aku nafikan Aaron adelah tarikan magnet yg agak kuat utk aku tengok filem nie! hehehe.. serious aku dah minattt gila ngan dia semenjak dia berlakon dlm citer Nora Elena tu.. dulu aku selalu tengok dia berlakon.. tapi maybe watak dia tu cam tak masuk sangat dlm perasaaan aku... tapi lepas jer tengok drama Nora Elena aku dah start minat ngan dia sebab aku rasa dia memang berjaya membawa watak seorang lelaki yg sangat2 romantic....

Ok... waktu mula2 aku war2 kan pada en.teman yg aku nak gie tengok citer nie kat panggung... dia dah wat muke 10 sen kat aku.. muke kekwat yg memperlekehkan citer yg aku nak sangat2 tengok nie! dia lagi lah payahh nak ajak nonton filem2 melayu niee.. tapi aku ckp ngan dia.. tak fedulik.. aku nakkk jugak tengok citer nie kat panggung! coz aku ckp yg instinct aku kuat mengatakan yg citer nie best.. aku yakin en.teman akan suker gak ngan citer nie.. akhirnya dia bersetuju gak lah nak gie tengok filem nie sama2 ngan aku kat panggung...

Sejak filem nie ditayangkan pada 1 Dec hari tu... hati aku dah menginja-ginjaaa sangat nak tengok... apatah lagi biler ramai member2 yg update status dah pegi tengok Ombak Rindu.. majority kata besttt.. suker giler ngan filem niee.. waaaaaaaaaaaa... lagi lah diri aku tak senang duduk.. rasa kalau boleh dann dann tu jugak aku nak pi terjah tengok.

So teruss aku zaaaasssssssssss bukak website TGV.. usha2 tiket.. takot gak kalau2 dah sold out utk semua tayangan... owh.... memang ade rezeki utk aku hari tu.. dpt pulak tempat duduk yg molek... timing pun ok.. so terus aku purchase tiket online jer.. mula2 ingat nak pergi beli kat IOI jerk ... tapi aku takottt sangat2 in case tetiba elok jerk aku sampai IOI kangg.. tetiba tiket lak habis.. so takmo amik sebarang risiko yg boleh membuatkan aku meroyan... baik aku grab jerk terus tiket online tu.. Yeay!!! excited gilerrr nak gie tengok Ombak Rinduu tu! ngeeeeeeeeeeee~~~~

Memang tak sabar rasanya nak melayari 2 1/2 jam punyer show.. aku takot gak kot2 apa yg org dok canang2.. best sangatt tu.. but end up pada aku tak lah bestt mana pun citernye.. ye lah.. sama gak cam citarasa dlm makanan.. ade org kata Kek Secret Recipe sedap... tapi ade org pulak kata tak sedap! so soal sedap tak sedap... or best tak best nie sangatt subjective sebenarnyer.. so bagi demi memuaskan hati sendiri.. adelah lebih baik pegi tengok sendiri dan anda nilai lah sendiri sama ada best ataupun tidak cerita yg telah pun menjadik satu fenomena yg agak hebat sepanjang tahun 2011 dlm industri perfileman tanahair nie!

Tuesday, October 18, 2011

::Aurat Wanita::

Come across dalam blog orang...terjumpa article pasal aurat...

tak nak ulas panjang-panjang, tak nak cakap panjang-panjang....


kalau yang membacanya isteri, sama-sama la kita jaga aurat kita supaya suami tak terjerumus ke dalam neraka.

kalau yang membacanya suami, jagalah aurat isteri kita supaya tidak ditarik ke dalam neraka.

kalau yang membacanya anak lelaki, nasihatkanlah ibu kita supaya tidak tertarik ke dalam neraka.

kalau yang membacanya anak perempuan, jagalah aurat kita supaya bapa dan saudara lelaki kita tidak diseksa kerana kita.


semoga kita semua sama-sama dapat hidayah daripadaNya...

Monday, October 17, 2011

::Anak bertanya, ibu bapa menjawab::

pernah tak korang terpikir apa tujuan kita hidup?

kalaulah matlamat hidup tu cukup jelas, pasti dan pasti, kita akan sedaya upaya mengawal tingkah laku, zahir dan batin, agar tidak melewati barang sesaat perasaan atau naluri yang tidak diredhai-Nya. terjagalah mulut dari mengumpat, terpeliharalah aurat dari terdedah.

bila dah menjadi ibu bapa, tertanggung di bahu tanggungjawab mendidik anak-anak. anak-anak, especially di zaman yang canggih ni, boleh dan akan bertanya kita soalan-soalan yang tak terjangkau dek akal....

ima ada terbaca satu artikel "Pertanyaan Anak Tentang Tuhan yang Patut Anda Jawab dengan Benar Sebagai Orang Tua". Link entry asal boleh klik sini -----> Khalid Abdullah

so, kat sini, ima try translate apa yang ima faham dari article tu

Q1 : Tuhan tu apa?

the right answer : Tuhan itu Pencipta kita, Pencipta langit, bumi, laut, sungai, binatang, umi, abah, to'ki, nek, pah etc

Q2 : Tuhan tu rupa macamana?

the wrong answer : Tuhan tu macam nih, macam tuh, etc

the right answer : Sayang anak2 umi, tahukan rupa bentuk sungai, batu, kucing, kambing,..semuanya.., bentuk Tuhan itu tidak sama dengan apa pun yang pernah kita tengok. Sebut saja bentuk apa pun, bentuk Tuhan itu tidak sama dengan apa yang akan kita sebutkan.

Ucapkan dengan menatap mata anak sambil tersenyum manis

[Dia] Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan [pula], dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

(Q.S. Asy-Syura:11)


Q3 : Tuhan tu dekat mana?


the wrong answer : Nak, Tuhan itu ada di atas..di langit..atau di surga atau di Arsy or Nak, Tuhan itu ada di mana-mana

Jawapan seperti ini menyesatkan logika anak kerana di luar angkasa tidak ada arah mata angin atas-bawah-kiri-kanan-depan-belakang. Lalu jika Tuhan ada di langit, apakah di bumi Tuhan tidak ada? Jika dikatakan di syurga, bererti syurga lebih besar daripada Tuhan. dikhuatiri anak merasakan prinsip
Allahu Akbar itu bohong?

kalau dikatakan Tuhan berada di mana-mana, takut anak akan automatik fikir Tuhan itu banyak dan terbahagi-bahagi, seperti para freemason atau politeis Yunani Kuno.

the right answer : Nak, Tuhan itu dekat dengan kita. Tuhan itu selalu ada di hati setiap orang yang soleh, termasuk di hati kamu, sayang. Jadi, Tuhan selalu ada bersamamu di mana pun kamu berada

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Q.S. Al-Baqarah (2) : 186)


Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada.
(Q.S. Al-Hadiid: 4)


Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah.
(Q.S. Al-Baqarah (2) : 115)



Q4 : Kenapa kita kena sembah Allah?


the wrong answer : Kerana kalau kita tidak menyembah Allah, kita akan dimasukkan ke neraka. Kalau kita menyembah Allah, kita akan dimasukkan ke syurga

Jawapan seperti ini akan membentuk paradigma (pola pikir) pamrih
dalam beribadah kepada Tuhan, bahkan menjadi benih syirik halus (khafi). Hal ini juga yang menyebabkan banyak orang menjadi ateis karena menurut akal mereka:

Orang yang menyembah syurga, ia mendambakan kenikmatannya, bukan mengharap Penciptanya. Orang yang menyembah neraka, ia takut kepada neraka, bukan takut kepada Penciptanya.
(Syaikh Abdul Qadir al-Jailani)

the right answer : Nak, kita menyembah Allah sebagai wujud bersyukur kerana Allah telah memberikan banyak kebaikan dan kemudahan buat kita. Contohnya, kita sekarang boleh bernafas menghirup udara bebas, FREE OF CHARGE! Di sungai banyak ikan yang boleh kita pancing untuk makan, atau untuk dibela di akuarium.

Semua untuk kesenangan kita.


Kalau kita tidak menyembah Allah, kita yang rugi, bukan Allah. Contohnya, kalau anak2 umi tak dengar cakap teacher dekat sekolah, anak2 umi sendiri yang rugi, anak2 umi jugak yang jadi tak pandai. Teacher tak rugi apa2 pun.

Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya [tidak memerlukan sesuatu] dari semesta alam.
Q.S. Al-Ankabut: 6)


Dalam usaha mendidik anak-anak, katakanlah kepada mereka:-

"Anak2 umi, mulai sekarang harus belajar cintakan Allah, lebih daripada cintakan umi dan abah, ok?!"

"kenapa, umi?"

"Sebab, one day, umi dan abah akan mati. tapi Allah tak! Kalau anak2 umi cintakan Allah lebih daripada umi dan abah, bila umi dan abah dah mati, anak2 umi tak sunyi sebab Allah sentiasa ada dengan anak2 umi"

"Nanti, Allah juga akan mendatangkan orang-orang baik yang sayang dengan anak2 umi sama macam umi dan abah sayang anak2 umi...maklang, maklong, cu, pakteh, paktam, kawan-kawan, teachers"

"Dan mulai sekarang, anak umi pun kena rajin belajar mengaji AlQuran, biar pandai. Mengaji Quran tu bermakna kita bercakap dengan Allah"

* Kesalahan ibu bapa muslim masa kini adalah lebih menitikberatkan pencapaian English, Math or even music class. Mereka bangga kalau si anak sudah menguasai English or very good in Math. Tetapi, tidak prihatin atau tidak sedih kalau anak-anaknya belum mengenal huruf-huruf hijaiyyah..huruf-huruf yang menghantarkan anak-anak juga orang tuanya pada keredhaan dan kasih sayang Tuhan di dunia dan di akhirat.

I'm not a good mom (yet) hehe, but i surely want the best for my kids di dunia dan akhirat.

sumber : www.khalidabdullah.com

Sunday, October 16, 2011

::Kemuliaan Wanita Hamil Dalam Islam::

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.


3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.


4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...


5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.


7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota kaki : Banyaknya pahala.. kena beranak ramai ni.. ^_^

Friday, October 14, 2011

::Ilmu untuk kaum Adam::

Pesanan Buat Suami.....

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Sumber : fb member

::addict::

Seriously ..
lately i'm addicted to it...
Ish..tak penah2 jadi camni sblm ni tau..

Kalau Coffee Beans/Starbucks tu lain ceta la kan

Tapi kopi cap hang tuah..

Yg kena bancuh sendiri tu..yg itam legam tu..

macam sedap jer..sekali hirup rasa nikmat giler..

..HeHeHe..

Jom pekena kopi...antioxidants ni bagus utk awet muda tau...

"Coffee not only helps clear the mind and perk up the energy, it also provides more healthful antioxidants than any other food or beverage in the American diet, according to a study released Sunday."
(source:googled)

Thursday, October 13, 2011

::Wangi Semerbak::

Memang best bau dia. kalau basuh baju maunya ima tuang banyak2 kat dalam washer machine.Tambah2 kalau basuh bedsheet,pillow case and comforter, kering jer semua benda alah ni terus ima kutip and pasang balik. pastu golek2 atas katil. rasa cam nak tido sambil senyum ja sebab bau wangi sangat. bau dia manis. mmg kena dgn taste ima..

Bukan perfume baru yer, tapi fabric softener yg berharga RM9.90. Downy Passion..yg purple Attraction tu ima tak pernah try lagi..lagipun ima asyik jumpa Passion jer. Downy mmg 1 of my favourite fabric softener.....

Wednesday, October 12, 2011

::citer kawin::

Tak lama lagi musim cuti sekolah..maksudnya musim org kawin jugak kan..
Tarikh keramat 11.11.11 pun lebih kurang sebulan je lagi..
Kepada yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan..
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
Selamat menempuh satu alam baru yang penuh dengan warna-warni..

Cantik sangat baju-baju pengantin dalam In-Trend keluaran Oktober 2011 ni..
Banyak jugak panduan berguna utk bride to be yg boleh diambil pakai..
Ima paling suka part kasut-kasut pengantin..owhhh...verangan kejap!..
bila tersedar rupanya dah kawin..heheh..

(Sumber : FB Intrend)
(mizz Nina sangat gorgeous & pilihan tepat sbg cover muka depan)

Pernah baca satu tulisan yang memang menarik sangat..

"KALAU PENJARA SEBEGINI INDAH UNTUK APA KITA KELUAR?"

Pada pendapat Ima...perkahwinan ni mendatangkan impak seumur hidup..penuh dgn warna-warni yang perlu dicorakkan oleh kita dan pasangan..betoi dak.?

Tuesday, October 11, 2011

::Jadi la::

Kakitangan awam semua.....amacam suka tak?
|
|
|
|
|
|
|
""
"
Sumber : FB

Aku rasa cam banyak jugak tu..apa2 pun syukur alhamdulillh dr takde peningkatan langsungkan..
Langkah pertama aku buat lepas pembentangan bajet is:

Daftar Haji...aku tau agak terlambat jugak sebenarnya kan..umur dah nak cecah 31 tahun baru terkial-kial nak daftar....tak kisah lah...

kawan aku daftar utk turn haji..dia dapat turn tahun 2041...ermmmm agaknya time aku nak daftar nanti tahun berapa la pulak turn aku nanti ya..2065?.. rezeki masing2 jugak lahkan..sesapa dah cukup RM1300 dlm akaun tu cepat2 lah daftar..

::Moral of this Story::

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

(petikan drpd email)
Sesungguhnya ima kagum dengan sikap budak tu. Dia menyedarkan kita, siapa kita sebenarnya!
Sebar sebarkan ler boleh jadi pengajaran utk org2 yg pemalas bekeje

Monday, October 10, 2011

::Intipati Bajet 2011::


- Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima Wang Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 yang akan dibayar melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
(Alhamdulillah, save bayar duit sekolah)

- Pemberian baucer buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam, swasta tempatan, matrikulasi & tingkatan 6.

- Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji (minimum RM500) bersama gaji bulan Disember 2011.
Pesara kerajaan juga akan menerima bayaran bantuan RM500.

- Bantuan sebanyak RM500 (sekali bayar) akan diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

- Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan kerajaan.

- RM15 juta akan diperuntukkan untuk membina gelanggang futsal dengan matlamat
“Satu Gelanggang Satu Mukim”.

- RM200 juta akan disediakan untuk melatih belia yang telah meninggalkan sekolah melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY 1Malaysia)

- Kerajaan akan memberikan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik bagi wanita. Klinik 1Malaysia juga akan teruskan dibina di seluruh negara.

- Untuk membantu golongan gelendangan, Kerajaan akan menyediakan pusat khidmat bantuan sosial dikenali sebagai Anjung Singgah.

- Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yang didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma jika mereka tidak mampu melantik peguam sendiri.

- Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

- Pemberian subsidi untuk minyak petrol, gas LPG, gula, beras akan diteruskan seperti biasa. Kerajaan juga akan terus menanggung bil elektrik yang kurang dari RM20 sebulan.

- Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian kepada 5,000 pengajian ijazah sarjana & 500 bagi doktor falsafah.

- Umur bersara wajib kakitangan awam dinaikkan dari umur 58 tahun kepada 60 tahun.

- Mulai 2012, Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perkhidmatan Baru Awam menggantikan Skim Saraan Malaysia di mana kenaikan Gaji - Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. 600,000 pesara kerajaan juga akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

- Kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah kerajaan.

- Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kpd RM186.9 bilion. Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% daripada KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.

- RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Teks sepenuhnya click here

Sunday, October 9, 2011

::Love::

A successful marriage requires falling in love many times, and always with the same person. - Mignon McLaughlin

Syukur ...walaupon sudah hampir 11 tahun bersama dan 8 tahun berkahwin, our love to each other become stronger each day..

P/s: hari ni mood ade bunga dalam taman :D

Friday, August 19, 2011

::lagu raya dulu lagi best daripada lagu raya sekarang kan?::

Assalamualaikum.

Tak smpai setengah bulan lagi kita nak smbut hari raya kan? bestnye.bestnye.

dolu2, time-time macam ni mesti sedih sebab teringat kampung halaman. nak nangis pun senyap-senyap je letak bantal atas muka. padahal tilam da banjir dengan air mata time tu. sobbs..sobss...sedeynyer

tapi sekarang tak lagi. sebulan puasa kat rumah. 12hari dapat balik beraya kat kampung halaman sendiri n mertua, nak sedih ape lagi?

sekarang ni, detik ni, kala ini kalau bukak radio apa-apa channel pon gerenti lagu raya yang keluar. betul tak?

tapi pelik kan, kenapa kebanyakan lagu raya yang best2 semua yang lama-lama. tu ha yang saloma nyanyi tu smpai sekarang ni kalau keluar kat radio mesti terasa aroma hari raya tu kann?

tapi kenyataan nya lagu raya dulu lagi best dari lagu raya sekarang, kan?

sekian.

okbai.

Tuesday, August 9, 2011

::Bonus::Alhamdulillah::

بِسْمِ اللهِالرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Nampaknya dah seminggu++ kita menyambut Ramadhan tanpa disedari. Alhamdulillah nampaknya suasana Ramadhan masih ceria bagi kita. Dalam bulan ini pastinya banyak wang yang perlu digunakan untuk persiapan raya. Bagi kakitangan awam, bonus hari Raya amat dinanti-nantikan bagi mengurangkan beban kewangan.

Dan berita baik buat semua kakitangan awam, Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM 500 kpd semua kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 dan jugak berita baik buat pesara, mereka akan menikmati RM500. Yahoooooooooooooooooooooooo.....


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. – BERNAMA

Alhamdulillah....walaupun tak dapat seperti yang digembar-gembur tapi ima bersyukur sgt² dgn apa yg ada skrg nih...

Monday, August 1, 2011

::Salam Ramadhan::


Semoga Ramadhan tahun ini ibadah yang dilakukan oleh kita lebih baik dari tahun lepas. Penuh kesyukuran kerana dapat menikmati lagi Ramadhan yang mulia ini. Saya memohon ampun maaf sekiranya ada keterlanjuran kata, salah dan silap sehingga menyinggung hati mana-mana pihak.

Wednesday, June 29, 2011

::Salam Israk & Mikraj::

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Thursday, June 23, 2011

::Cuti Umum Hari Raya....jadi 3 hari..Yahooo::

بِسْمِ اللهِالرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

“Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.


Beliau berkata, sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan.

Mohd Sidek berkata, satu hari kelepasan am tambahan ini bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan diwartakan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951.

“Urusan pewartaan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak, masing-masing berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah [Sabah Bab 56] bagi negeri Sabah dan Seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan Am Sarawak [Sarawak Bab 8] bagi negeri Sarawak sedang diuruskan oleh kerajaan negeri masing-masing,” katanya. – BERNAMA

Faham dok..30/8 hr selasa manakala 31/8 rabu..Kalu raya jatuh hr selasa, dah tentulah rabu raya ke 2..cuti raya kan 2 hr....Jadi 1/9 iaitu khamis akan diberi cuti umum...tp kalu raya jatuh hari rabu, dan khamisnya adalah raya ke 2, maka jumaat 2/9 akan diberi cuti umum...puasa ganti pun lom berganti lg dah cbuk nak raya hihi....

::Belum Ganti Puasa Lagi Nih::

بِسْمِ اللهِالرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Hari nih dah masuk 23hb Jun….Ermmm...ni kan bulan Rejab dalam kalendar bulan Islam bermakna bulan Puasa aka bulan Ramadhan bakal menjelang tiba tak lama lagi....Ima tak sure bila nak start ganti puasa ni..ade 2 hari lagi pdhal x byk pun tp nape liat nak ganti cpt² kan....Ramadhan dah dekat. Ya Rabbi..ape nak jadi ngan aku ni? Tapi InsyaALLLA Ima start ganti puasa minggu depan...

Ima just nak ingatkan kat korang gak, sesiapa yang belum ganti puasa yang korang 'kantoi' tahun lepas tu, boleh lah korang gantikan perlahan²..especially nya golongan pompuan la....Kaum lelaki ada gak ker? Biar betul hihihi....

Korang ade 1 bulan jer lagi untuk korang nak ganti puasa korang tu. Ingat tu ade 1 bulan sahaja lagi. Takde sebarang alasan. Kena ganti jugak. Manakala bagi mereka yang dah ganti puasa ataupun memang takde apa-apa, korang boleh lah buat puasa sunat di bulan rejab ni. Banyak kelebihannya kalau korang nak tahu..

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...