Thursday, June 23, 2011

::Cuti Umum Hari Raya....jadi 3 hari..Yahooo::

بِسْمِ اللهِالرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

“Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.


Beliau berkata, sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan.

Mohd Sidek berkata, satu hari kelepasan am tambahan ini bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan diwartakan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951.

“Urusan pewartaan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak, masing-masing berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah [Sabah Bab 56] bagi negeri Sabah dan Seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan Am Sarawak [Sarawak Bab 8] bagi negeri Sarawak sedang diuruskan oleh kerajaan negeri masing-masing,” katanya. – BERNAMA

Faham dok..30/8 hr selasa manakala 31/8 rabu..Kalu raya jatuh hr selasa, dah tentulah rabu raya ke 2..cuti raya kan 2 hr....Jadi 1/9 iaitu khamis akan diberi cuti umum...tp kalu raya jatuh hari rabu, dan khamisnya adalah raya ke 2, maka jumaat 2/9 akan diberi cuti umum...puasa ganti pun lom berganti lg dah cbuk nak raya hihi....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...