Thursday, December 31, 2009

::it's not the end, its a new beginning::

A Happy New Year for you & I
May it bring no tear o anyone's eye
When this year in time shall end
Let me think you dear as one of my friend
To walk the journey with no regret
Together we stay through happy and sad
I pray for this bond to stays forever
And make my 2010 a GLORIOUS year

Wednesday, December 23, 2009

::Rokok::

Dah keluar kenyataan yang mulai Jun 2010 hanya rokok berpek 20 batang sahaja yang akan dijual dalam negara. Langkah ini diambil untuk menggalakkan amalan kesihatan di kalangan penduduk negara kita. Kiranya pasni cik abang2 (tmasuk my hubby), pakcik2, atok2, ibu2, bapak2 dan akak2 kita takleh la merasa nak beli rokok 7 batang, 14 batang dah.

Tapi, berjaya kah konsep ni dilaksanakan oleh perokok tegar? Dah kalau selagi ada rokok depan mata, diorang dok hadap hisap sampai paru2 itam...Lagi lah berkotak2 kot kalau pek 20 je jual. Mcm mana? Erm...rasional lain, langkah ni boleh membantu menaikkan ekonomi negara. Pasal apa? Pasal rokok kan ada tax. The more they buy, melantun la revenue negara. Sapa yang untung? oh...sudah tentu lah.

Personal Thot : Jual je pek rokok 7 batang dengan harga 20btg. Boleh?
Kesimpulan :

" Merokok meningkatkan risiko sakit jantung serta stroke karena nikotin akan membentuk daya tahan terhadap insulin, sehingga menimbulkan kondisi pra-diabetes"
Tak kisah la korang ni perokok tegar...ini leh mdtgkan diabetes. Leh jadi tak sihat. Abis tu apalagi? tak reti2? Buatlah apa yang terbaik untuk diri.

::Langkah Seterusnya...Kemana?::



Alhamdulillah. Diberikan kita nafas untuk mengharungi tahun baru ini dengan semangat yang lebih membara. Langkah perjalanan hidup perlu diteruskan menuju destinasi yang tepat. Sejauh mana perlunya melangkah, itu masing-masing yang punya rencana.

Masih ada diantara kita yang samar-samar dalam mencatur pergerakan langkah dan corak permainan hidupnya. Masih sukar meninggalkan tabiat lama yang ternyata sudah sebati dalam jiwa. Gelojak nafsu muda belum dapat ditewaskan atau dibiarkan begitu saja. Niat suci dalam hati belum pasti akan dituruti lantaran jiwa berbelah bahagi.Buat diri sendiri, masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Sememangnya hidup ini lebih menuntut agar kita berbakti dan berbaik-baik sesama sendiri. Cuma kadang kala jiwa terusik pabila ada antara teman yang masih gagal menyempurnakan penghijarahan diri.
Yang di mulut pinta begini, tapi dihati was-was lagi.Usia menginjak makin meninggi dan tidak mungkin dapat diputar kembali. Mencari kepuasan duniawi hingga melupakan bekalan mati boleh mengundang azab yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Yang telah berlaku, segala kekhilafan atas nama seorang insan patut dijadikan tauladan dan sempadan bagi memulakan perjalanan yang baru.Sejauh mana kita bersedia melakukannya, tepuk dada tanya jiwa dan minda. Segalanya terletak pada akal yang dibekalkan pada kita. Keseronokan yang dirasai sekarang hanyalah pinjaman semata dan bisa direntap tanpa usul periksa. Bersedialah menghadapi segala apa. Bersedia dengan segala kelengkapan dan amalan yang berganda.Jangan tewas pada ajakan si Iblis durjana dan syaitan derhaka. Sama-samalah kita lakukannya! Moga perjalanan tahun ini lebih bermakna!

Monday, November 23, 2009

Friday, November 20, 2009

Thursday, August 20, 2009

::Sharing - Rahsia Solat Awal Waktu::

Dipanjangkan untuk renungan bersama...

Keputusan awal kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang. Sains sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi/aerobic/yoga/pilate/masakan dan sebagainya...

Wallahu'alam...

::Somebody is leaving::


::Selamat bertandang::

Cuma tinggal hari ini dan esok kita boleh makan minum tanpa segan silu di pagi hari. Ya. Ramadhan datang lagi. Insyaallah, hari Sabtu kita semua bakal memulakan ibadah puasa untuk tahun ini. Itu bermakna, hari Sabtu pagi tu kita dah mula bersahur.Penantian yang berbulan2 untuk menempuh bulan penuh keberkatan ini akhirnya sampai juga.

Tahun ni, aku nak pujuk/train Hafiy untuk berpuasa. Maybe la bagi ganjaran duit raya sikit. See how it goes la.


Dah tua2 nih..I think penghayatan Ramadhan tu kena lebihkan sikit. Boleh ke nak khatam Quran dalam masa sebulan ni agak2 nyer? Bolehnyer, sebabnyer Biro Agama MQA kali ni dah anjurkan. Insyaallah. Apa-apa pun, diharap bulan puasa ni dapat dikurangkanlah nafsu berbelanja tak tentu hala ye. Moga2 berkat hendaknya. Amin!

Friday, August 14, 2009

::jom p konvo uthm::

10 Ogos 2009, I attended my bro's Convocation from morning until late evening. My bro nie anak yang ke-4 in the family..

Syukur kehadrat Illahi kerana memberikan dia (hafiz) ruang untuk terus menuntut ilmu. Penat lelah dia belajar selama 4 tahun telah berhasil. Sudah pastinya kedua ibu bapaku rasa bangga... kerana dia anak pertama mak bapak aku yang telah berjaya mendapat segulung ijazah...Alhamdulillah...Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian....

Rombongan yang bertolak ke konvo adikku nie tak ramai. Hanya kedua ibu bapaku dan keluarga ku semata-mata. Bukannya tak ada orang yang nak follow, tapi disebabkan kerana ada berita kematian akibat H1N1 di situ, maka semuanya terbantut. Tapi aku buat dek jer...kesian kat hafiz plak...tapi preparation utk ke sana telah dibuat awal... 9/8/2009 - kami bertolak dari KL ke Kluang mengambil masa kira2 2 jam setengah...kenapa tak stay kat batu pahat? sebabnya semua dah fully book..even 'contoversy hotel - KATERINA HOTEL - adegan Chua Soi Lek tut tut' pun penuh jugak... So. tempat tinggal kami adalah di PRIME CITY HOTEL, Kluang..3 star jek...Tengok gaya macam cun kat Internet, sekali pergi...kureng la sikit...tapi kira OK lah...at least ada jugak tempat utk kami berteduh...
cuci mata sikit tgk gelagat bebudak, mak budak, bapak budak, tok budak......

di hotel


di hari convocation

Friday, July 17, 2009

::happy birthday abah::

17 july 2009 - hari lahir ayahanda tercinta (Salleh b. Mohamad)

Buat abah,

selamat hari lahir yang ke-64tahun. sudah banyak umur abah. aku lihat ketenangan di wajah abah, walaupun di hati abah begitu risau memikirkan tentang kehidupan anak2. hmmm... aku dah cakap kat abah.abah jgn risau dgn kami. abah diam, mengangguk dan mengerti, namun aku tahu, abah masih meneropong dari jauh. 6th sense nya berfungsi dgn cemerlang, tahu aje apa yg tersimpan di hati kami. dan sekiranya kami hampir rebah, abah melebarkan sayapnya dan menghulurkan tangan.abah bukan membantu menyelesaikan tetapi menunjukkan jalan.supaya kami terus bangkit dan meneruskan larian.

abah,kami sayang ayah.
kami doakan abah terus diberikan kesihatan yg baik.
abah terus menikmati kehidupan yang sejahtera.
abah terus menikmati kebahagiaan.

kami doakan segala2nya yang terbaik utk abah.
abah,kami sayang abah.
abah jgn lupa makan ubat.
abah jgn leka masa memandu.

kami akan pulang menjenguk abah selalu.
abah,maafkan kami.terkadang kami berdegil.
tak mahu menerima pendapat ayah.

abah,
terima kasih.siapalah kami, tanpa kasih dan sayang darimu, abah.

Dari anak-anakmu,
Lyana,Maiza, Nupuz,Hafiz,Fahmi,Fazira

Friday, July 10, 2009

::untukmu ibu::

hari ni 10 julai 2009 merupakan birthday my mum yg ke 50thn!!!happy birthday to you mum!!semoga mak semakin tabah n diberi kesihatan yg baik!!!terima kasih mak di atas segala pengorbanan dan susah payah mak membesarkan anak-anak mak selama ni...mak...kami adik beradik sayangggg sgt kat mak!!!(sebak lak mak..uhuhu..)...mum...i miss you so much....

Bila dahaga, yang susukan aku...MAK
Bila lapar, yang suapkan aku...MAK
Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku...MAK
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut...MAK

Bila bangun tidur, aku cari...MAK
Bila menangis, orang pertama yang datang..MAK
Bila nak bermanja, aku dekati...MAK
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah...MAK

Bila sedih, yang berjaya memujukku hanya..MAK
Bila nakal, yang memarahi aku...MAK
Bila merajuk, yang memujukku cuma..MAK
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah...MAK

Bila gementar, yang tenangkan aku...MAK
Bila nak peluk, yang aku suka peluk...MAK
Aku selalu teringatkan...MAK
Bila sedih, aku mesti telefon...MAK

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu...MAK
Bila bengang, aku suka luah pada...MAK
Bila takut, aku selalu panggil...."MMMMMAAAAAAAKKKKKK!"
Bila sakit, orang paling risau adalah...MAK

Bila nak exam, orang paling sibuk juga...MAK
Bila buat hal, yang marah aku dulu...MAK
Bila ada masalah, yang paling risau...MAK

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...MAK
Yang selalu masak makanan kegemaranku...MAK
Kalau balik kekampung, yang selalu bekalkan kuih muih..MAK
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang ku...MAK

Yang selalu berleter kat aku...MAK
Yang selalu puji aku...MAK
Yang selalu nasihat aku...MAK

Bila bosan dan terasa nak jalan-jalan, yang setia temankan aku...MAK
Bila nak kahwin..orang pertama aku tunjuk dan rujuk...MAK

Sekarang,aku dah ada suami....
Bila seronok, aku cari...suamiku
Bila sedih, aku cari...MAK
Bila berjaya, aku ceritakan pada...suamiku
Bila gagal, aku ceritakan pada...MAK
Bila bahagia, aku peluk erat...suamiku
Bila berduka, aku peluk erat...MAK
Bila nak bercuti, aku bawa....suamiku

Bila berkursus, aku hantar anak kerumah...MAK
Bila sambut ulangtahun...aku bagi hadiah pada...suamiku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu, MAK!"

Selalu...aku ingat suamiku
Selalu...MAK ingat kat aku

Bila-bila...aku akan telefon...suamiku
Bila ada mood, aku telefon...MAK
Selalu...aku belikan hadiah untuk...suamiku
Entah bila...aku nak belikan hadiah untuk...MAK

Mak tak pernah minta duit sebagai balasan penat lelah membesarkan kita, cukuplah sekadar kita mendoakan kesihatan mereka, dan pulang menjenguk sekali sekala pun jadilah....

Masa kecil dulu MAK sanggup menjaga aku ketika sakit, membasuk muntah, memandikan aku ketika aku tidak berdaya untuk mandi sendiri, menyuapkan makan...

Sekarang....

Berapa ramai yg sanggup menyuapkan ibunya..berapa ramai ang sanggup mencuci muntah ibunya...berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersikan luka kudis ibunya...berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya....

Al-kisah...seorang anak mendapatkan ibunya yangs edang sibuk menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya...

Kos upah membantu ibu: .......

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya...

Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan, minum, pakaian dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah keseluruhan NILAI KASIHKU - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.....

Saturday, July 4, 2009

::accident::

hari ini aku menerima berita yang menakutkan apabila mendapat msg dari kampung

"abah kena langgar dengan motor..kaki abah retak"


ketika ini aku berada di PD kerana suamiku ada bengkel d Tiara Beach Resort...
terus call kampung tanya khabar abah...abah masih dirumah...kejadian berlaku pada malam sebelum tu lagi selepas abah balik solat isyak di surau..malam tu abah pergi surau jalan kaki....dilorong jalan kaki tu sangat gelap..ntah kenapa elektrik terputus agaknya..abah tahan satu motor yang lalu nak tumpang balik....motor ni pulak tak dak lampu..dengan tiba2 dirempuhnya abah...tapi selamat abah sempat mengelak sikit...kaki abah saja yang terkena...
maklumat terkini yang aku dapat tahu, mak dah bawak abah p mengurut sebab abah rasa sakit kat lutut...tukang urut kampung tu cakap tulang lutut abah lari sikit...aku dah desak abah pergi hospital jugak takut2 apa terjadi...but abah cakap tengoklah dulu 2 3 hari lagi macam mana...*sigh*...dah cakap dengan kakak aku yang memang dah ada kat kampung...apa2 hal pls let me know.....SUSAH HATI BEB... apa2pun aku doakan abah cepat sembuh....kepada mak...sabar yer...jangan bagi abah buat kerja apa2 pun...abah nie memang jenis yang tak reti dok diam....mesti ada je keje yang dia nak buat...LUV U DAD...

Saturday, June 27, 2009

::Special tribute to a legend - Michael Jackson::

(1958 - 2009)
Raja Pop Michael Jackson meninggal dunia jam 2.26 petang semalam selepas diserang sakit jantung. Dia hanya berusia 50 tahun.Jackson meninggalkan tiga orang anak, Michael Joseph Jackson, Jr., Paris Michael Katherine Jackson dan Prince Michael Jackson II.Tengah hari semalam Jackson telah dibawa ke hospital selepas pengsan dirumahnya kira-kira jam 12 tengah hari. Dia koma dan meninggal sejurus selepas dikejarkan ke UCLA Medical Centre
One day in your life
You'll remember a place
Someone touching your face
You'll come back and you'll look around you

One day in your life
You'll remember the love you found here
You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heartAnd when things fall apart
You'll remember one day

One day in your life
When you find that you're always waiting
For the love we used to share
Just call my name, and I'll be there...

PENYANYI: MICHAEL JACKSON
ALBUM: Forever Michael (1975 - edaran semula 1981)
Begitulah lirik lagu One Day In Your Life yang pernah didendangkan oleh Michael Jackson. Lagu itu kemudiannya Jangan Tak Lihat dirakamkan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Liriknya ringkas tetapi mempunyai makna yang sungguh mendalam tentang cinta dan kenangan abadi buat selama-lamanya. Kini Michael sudah tiada.Hanya namanya yang gah itu abadi dalam kenangan kita. smoga MJ d tmpatkn d klgn org2 yg beriman...mungkin sudah smpai seruan ilahi MJ maninggal dunia..
Al-Fatihah.

Friday, June 19, 2009

::21/6/2009::

Happy Father's Day Abah...Luv u so much....hari ini anakanda akan pulang bertemu ayahanda...tak sabor nak balik tepen...nak makan kuewtiaw DOLI....

Tuesday, June 16, 2009

::besfren::

adam (5 yrs old), hafiy (5 yrs old), hariz (3 yrs old), aina (3 yrs old)

::puteri nur syifa::

puteri nur syifa nie adalah anak kepada adik cik umi yang ketiga....sangat comel ini budak...







Monday, June 15, 2009

::akibat tak dengar cakap::

11.10 pm - satu kejadian yang sangat tragis apabila hafiy tidak mendengaq cakap uminyer....
ketika ini hafiy dah ngantuk tapi tunggu uminyer jugak untuk menepuknyer tido....uminyer pulak time nie baru nak makan malam....sambil2 dok memujuk cik umi...dak hafiy nie dengan ke........lannyer p pijak tupperware besaq sebelah coffee table. Cik umi dah warning jgn camtu tak elok...kang jatuh...suddenly tupperware tu terbalik, tergoleklah dak hafiy nie dibucu coffe table tu....apa lagi melalak dia terkena bawah dagu...cik umi mula panik...tak berani nak bawak g klinik takut kena jahit...just sapu dengan gamat oil....darah dah mula kering...ALHAMDULILLAH....lain kali careful yer anak umi...cian dier...


Sunday, June 7, 2009

::bloggers block syndrome::

bloggers' block syndrome

taktau nak tulis apa walaupun dah tau banyak citer lapok / citer baru yang boleh di 'share' bersama...

nanti2 kalau senang...i hapdet k...

Monday, June 1, 2009

::MQA Family Day 2009::

Tanggal 30hb. Jun 2009...family day MQA 2009 buat julung kalinya diadakan tanpa penginapan..hanya enjoy utk satu hari di Sunway Lagoon. Dirasmikan oleh 2nd big boss MQA..Prof Zita. hepy betul tahun nie...tak macam sebelum nie...stp kumpulan diwajibkan membuat satu persembahan ++ extra xtvt. but tis year enjoy dan relaks dgn acara yang santai shj (from 9.30 am til 11am). after lunch dah boleh g main macam2 kat dalam nie (Amusement Park + Extreme Park + water park + wildlife park + scream park)...












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...