17 july 2009 - hari lahir ayahanda tercinta (Salleh b. Mohamad)
Buat abah,
selamat hari lahir yang ke-64tahun. sudah banyak umur abah. aku lihat ketenangan di wajah abah, walaupun di hati abah begitu risau memikirkan tentang kehidupan anak2. hmmm... aku dah cakap kat abah.abah jgn risau dgn kami. abah diam, mengangguk dan mengerti, namun aku tahu, abah masih meneropong dari jauh. 6th sense nya berfungsi dgn cemerlang, tahu aje apa yg tersimpan di hati kami. dan sekiranya kami hampir rebah, abah melebarkan sayapnya dan menghulurkan tangan.abah bukan membantu menyelesaikan tetapi menunjukkan jalan.supaya kami terus bangkit dan meneruskan larian.
abah,kami sayang ayah.
kami doakan abah terus diberikan kesihatan yg baik.
abah terus menikmati kehidupan yang sejahtera.
abah terus menikmati kebahagiaan.
kami doakan segala2nya yang terbaik utk abah.
abah,kami sayang abah.
abah jgn lupa makan ubat.
abah jgn leka masa memandu.
kami akan pulang menjenguk abah selalu.
abah,maafkan kami.terkadang kami berdegil.
tak mahu menerima pendapat ayah.
abah,
terima kasih.siapalah kami, tanpa kasih dan sayang darimu, abah.
Dari anak-anakmu,
Lyana,Maiza, Nupuz,Hafiz,Fahmi,Fazira
3 comments:
huhu...rasa camne nak nangis je baca sajak/puisi (entah nak panggil apa)...teringat bapa saya lak...esok birthdy my father..the only person I love the most...cant imagine life without him...huhu...sedihnya.. pesanan utk ima...take care of your parents..
tq cik sumi...selagi kita / mereka masih ada di muka bumi ni...buatlah apa shj yang menggembirakan mereka...love my mom n dad so much....
sedih gak...
xper...nk balik kg ni...huhuhu...rindu mak n ayah gak...
Post a Comment