kawan ME: ima, dah solat ke belum?
ME: belum lagi..nak siapkan keje sket.
kawan ME: dah nak masuk asar dah ni.
ME: buat sekaligus la senang. nanti bos cari pulak. asyik menghilang jek.
pernah tak terjadi kat korang situasi camni? mesti pernah kan? kalau bukan sebab keje pun, mesti ada sebab lain (sebab main game ke, sebab tgk korean movie ke, etc hehehe) kadang2 terpikir jugak, betapa banyaknya pahala yang telah disia-siakan sebab perbuatan tu dan berapa banyak dah dosa yang terkumpul. cer pk..cer pk..
Abu Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah bersabda :
“Allah berfirman: Hai Muhammad, Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umat mu.Aku telah berjanji denga diri Ku barangsiapa yang telah mendirikan solatnya pada ketika masuk waktunya, maka dia akan dimasukkan kedalam syurga. Umat mu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini.”
Betapa indahnya kalau kita tergolong dalam golongan ini dan indahnya lagi kalau kita mula sedar akan kealpaan kita selama ini. Semua ni adalah coretan buat diri ini dan kepada semua. Insaflah dan renunglah kekhilafan diri kita.
Tapi bila pk balik, semua ni tak susah pun. Macam kalau kita nak tengok satu2 rancangan yang kita suka, Contohnya, MAHARAJA LAWAK, AKADEMI FANTASIA, SO YOU THINK YOU CAN DANCE, CITER BOLLYWOOD, sanggup pulak kita tersadai sharp depan tv walau terpaksa siap boleh cakap NO KOMPROMI lagi dengan rancangan2 cenggini...chewaahhhh....kalau bab sembahyang...macam2 excuse kita bagi.
anyway, macam MELODI jugak...'TINGKATKAN PRESTASI...KURANGKAN EXCUSE'. (hehehe...langsung x sedap didengar)
Very nice karikatur_ALASAN yang baru diemelkan tadi from Biro Agama Kelab Kebajikan MQA....
No comments:
Post a Comment