Monday, May 23, 2011

::exam sudah datang::

hari ni 1st day exam at Kafa Integrasi Al-Iman. Malam tadi habis satu buku bahasa arab Muhammad Aisy Hafiy study. Sampai aku pun ikut sama menghafal.

Well.. at least aku dah tau..
Ma ismuka?
ismi hima...
hehehe....

hari ni jugak mid exam for sekolah kebangsaan. So i told him last night. This week tak boleh tengok tv waktu malam. Balik sekolah, mandi, terus dinner, buat homework (if any) and then study. Kul 9pm masuk zzzz.....

And umi n abah will try to reach home as early as we can...


::Sedih Sayu Pilu::

Assalamualaikum.

Al-fatihah untuk mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat hari sabtu baru2 ni. Kejadian ni betul2 meruntun jiwa ku sebagai seorang ibu dan aku percaya setiap wanita yang bergelar ibu pasti merasai perkara yang sama...

Semoga roh mereka tenang dan aman di sana dan semoga kejadian macam ni tak berulang lagi.

Di fahamkan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat tiada CF. Sumber MPKj berkata, bangunan itu dibina tanpa mendapatkan kebenaran merancang, kelulusan pelan infrastruktur, kelulusan pelan bangunan, selain tidak memiliki sijil layak menduduki (CF).

Tapi kesiankan, dah jadi camtu baru la nak kata yg umah tu di bina tanpa kelulusan..

::bertambah tension lagi bila tengok berita, ada sorang menteri ni kata,::

"dalam TV dah ada banyak kita bagitahu, tanda2 tanah runtuh, so silalah tengok dan jika ada tanda-tanda tersebut, kena lah cepat2 beritahu pihak berkuasa"

Oh well, dia macam blame Rumah Anak Yatim sebab tak aware. Kalau tanya aku pun, yang kita tahu ialah air mengalir. kalau air mengalir bawah tanah mana kita nak tau, ye tak? anyway, setelah Google, ini adalah tanda-tanda tanah nak runtuh (ambil dari sini) :

Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia


Kawasan tanah runtuh boleh berlaku:
  • di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama
  • di kaki atau permukaan atas cerun
  • di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama
  • di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak

Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh :

  • di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada pergerakan pada masa lampau
  • di kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai

Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh :

  • Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi
  • Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima
  • Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan
  • Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak daripada struktur utama rumah
  • Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit
  • Kepecahan serta kebocoran pada paip air
  • Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar
  • Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok
  • Pemendapan ketara permukaan jalan
  • Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa
Note : sedihnya bila tengok berita malam tadi..takziah pada semua keluarga yang terlibat.

Monday, May 16, 2011

::me with Paris Hilton & COACH::

...jangan jealous...


::Happy teachers day::

Assalamualaikum..

Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua warga pendidik di malaysia! Semoga Allah SWT memberkati usaha murni kalian dalam mendidik anak bangsa. Amin.

Hari ni....anak2ku berkobar-kobar utk kesekolah sebab they have something for their teacher....

Wednesday, May 11, 2011

::Aisy Hafiy birthday::

Memula aku memang tak plan nak celebrate birthday Aisy Hafiy ni..tapi kesian rasanya...disebabkan kami tidak mahu ada ayat laser drpd dia terkeluar..kami tetap sambut anak beranak je kali ni..tq to en hubby yang tolong belikan instant kek yang ada karektor kartun yang amat disukai oleh anak2ku..


Hafiy macam tak tahu apa-apa..dia bangun pagi..aku dah wish dah dekat dia...pastu tersengih2...

Sebagai orang tua, doa tidak putus-putusnya aku panjatkan kepada-Mu ya Allah.

Berikanlah selalu yang terbaik untuk anak-anakku ya Allah. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh. Bimbinglah mereka agar selalu berada di jalan-Mu. Jadikanlah mereka anak-anak yang kuat yang tidak mudah terpengaruh hal-hal yang buruk. Bimbinglah hambamu ini dalam mendidik mereka ya Allah. Apapun yang Engkau berikan, itu adalah yang terbaik untukku. Aku pasrahkan semuanya hanya kepada-Mu ya Allah..semoga Engkau selalu mendengar doaku…amin.. mungkin Doa ini juga yang selalu dipanjatkan oleh orang tuaku untuk anak-anaknya.. semoga Allah mengabulkan semua doa ibu untuk anak-anaknya.. Amin...


Friday, May 6, 2011

::supplement::

bila umur dah masuk ke 30 tahun ni, rasa macam aku perlukan supplement lah untuk mengimbangkan segala sistem kat tubuh badan aku ni. buat masa sekarang memang aku tak amek ape-ape supplement untuk kulit ke, rambut ke, peranakan ke (haha). Takde tambahan ape-ape. aku bergantung kepada makanan yang aku makan hari-hari je.

kalau tengok muke aku dari dekat. struktur kulit dah macam kat bulan. dengan kering dan kusam lagi. hish

Tapi aku dapat rasekan perubahan bila umur dah meningkat ni. Kulit kering, rambut tak bersinar, kulit kusam..aaa macam-macam lah. For sure kalau tak dijaga, bila umur aku dah 40 nanti, dah macam mak nenek si bongkok 3. eeee.... seram lah.

Sebab ramai yang aku jumpe bila umur dah 30an, either anak baru sorang or dah berderet, dah tak reti nak jaga penampilan diri, terus dah macam makcik-makcik. taknak lah jadik macam tu. jadik tak terurus. nampak lagi tua dari umur sebenar.

so, korang ade ke makan supplement yang berkesan untuk kulit/rambut/ atau ape saje untuk menjaga tubuh badan korang?

brand ape? untuk ape? harga berapa?

Please share. aku nak start seawal yang mungkin.

Thanks yer.

::excuse a.k.a Alasan::


kawan ME: ima, dah solat ke belum?
ME: belum lagi..nak siapkan keje sket.
kawan ME: dah nak masuk asar dah ni.
ME: buat sekaligus la senang. nanti bos cari pulak. asyik menghilang jek.

pernah tak terjadi kat korang situasi camni? mesti pernah kan? kalau bukan sebab keje pun, mesti ada sebab lain (sebab main game ke, sebab tgk korean movie ke, etc hehehe) kadang2 terpikir jugak, betapa banyaknya pahala yang telah disia-siakan sebab perbuatan tu dan berapa banyak dah dosa yang terkumpul. cer pk..cer pk..

Abu Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah bersabda :

“Allah berfirman: Hai Muhammad, Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umat mu.Aku telah berjanji denga diri Ku barangsiapa yang telah mendirikan solatnya pada ketika masuk waktunya, maka dia akan dimasukkan kedalam syurga. Umat mu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini.”

Betapa indahnya kalau kita tergolong dalam golongan ini dan indahnya lagi kalau kita mula sedar akan kealpaan kita selama ini. Semua ni adalah coretan buat diri ini dan kepada semua. Insaflah dan renunglah kekhilafan diri kita.

Tapi bila pk balik, semua ni tak susah pun. Macam kalau kita nak tengok satu2 rancangan yang kita suka, Contohnya, MAHARAJA LAWAK, AKADEMI FANTASIA, SO YOU THINK YOU CAN DANCE, CITER BOLLYWOOD, sanggup pulak kita tersadai sharp depan tv walau terpaksa siap boleh cakap NO KOMPROMI lagi dengan rancangan2 cenggini...chewaahhhh....kalau bab sembahyang...macam2 excuse kita bagi.

anyway, macam MELODI jugak...'TINGKATKAN PRESTASI...KURANGKAN EXCUSE'. (hehehe...langsung x sedap didengar)

Very nice karikatur_ALASAN yang baru diemelkan tadi from Biro Agama Kelab Kebajikan MQA....





Thursday, May 5, 2011

::Kempen Derma Darah::


Tanggal 29hb April, Alhamdulillah, Biro Kebajikan, KKMQA (Kelab Kebajikan MQA) telah selamat menyelesaikan tasknya iaitu BLOOD DONATION CAMPAIGN bersama dengan pihak PPUM dan MAKNA....huh...lega...banyak betul kerja belakang tabir ME kena buat...tolong prepare flyers, bookmark, prepare doorgift utk 170org termasuklah hadiah utk lucky draw...tapi penat lelah berbaloi dengan bantuan teman2 seperjuangan yang sangat best....


Unfortunately, kebanyakan yg datang terpaksa pulang dengan hampa kerana tidak dibenarkan menderma atas sebab tertentu. Baru makan ubat la, baru lepas chicken pox la, batuk la termasuk ME (underweight)...bukan tak berani tapi mmg tak boleh...hehehe...tapi semangat u olls semua yang mmg dtg utk menderma amatlah menterujakan kami dari pihak urusetia...tq guys....tq tq tq so much 4 supporting us...


sebenarnya sesiapa yang hendak donate darah diorang kena memenuhi syarat2 tertentu.
  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Berat badan 45 kg dan ke atas
  3. Sihat tubuh badan
  • Sihat pada hari menderma

  • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah

  • Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas

  • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas

  • Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas

  • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas

  • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas

  • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun

  • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas

  • Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas

  • Tidak mempunyai ahli keluarga yang menghidapi Hepititis B atau C

bersama-sama team urusetia yang tak habis2 berposing

Sunday, May 1, 2011

::Happy Labour Day::



Assalamualaikum,

Saya tahu dan pasti that most of us have our own career. So, from the bottom of my heart i would like to wish Happy Labour Day to all.

Teruskan perjuangan dan semoga bekerja dengan lebih rajin dan ikhlas. Just remember, everything that we earn is for our family. May Allah gives us the barakah in our rezeki, InsyaAllah.

Kurangkan goyang kaki, tingkatkan prestasi... [pinjam tagline melodi yang dah diubahsuai:)]


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...