Marilah kita berdoa kepadaNya agar kita alwayz be safe from any unwanted disaster seperti yang dialami oleh rakyat Jepun sekarang dan yang pastinya lagi berdoa kepadaNya agar kita menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur.
Bersyukur sebab Allah memberikanku kesihatan tubuh badan
Bersyukur sebab Allah memberikanku kesihatan tubuh badan
Bersyukur sebab Allah memberi peluang kepadaku bernafas di atas muka bumiNya sehingga saat ini
Bersyukur sebab Allah memberikan ku dan ahli keluargaku kesihatan tubuh badan
Bersyukur sebab mempunyai suami yang menerima diriku ini seadanya
Bersyukur sebab mempunyai emak dan abah yang memahami dan penyayang
Bersyukur sebab dikurniakan 2 anak lelaki yang petah, comel & bijak
Bersyukur sebab mempunyai adik beradik yang sentiasa memberi sokongan dikala susah dan senang
Bersyukur sebab mendapat bos yang baik dan sentiasa memberi tunjuk ajar untuk terus maju
Bersyukur sebab mempunyai pekerjaan yang stabil dengan gaji yang berpatutan
Bersyukur sebab mempunyai kawan yang baik yang sedia terima kekurangan dan kekhilafan diri ini
HAKIKAT SYUKURBersyukur sebab Allah memberikan ku dan ahli keluargaku kesihatan tubuh badan
Bersyukur sebab mempunyai suami yang menerima diriku ini seadanya
Bersyukur sebab mempunyai emak dan abah yang memahami dan penyayang
Bersyukur sebab dikurniakan 2 anak lelaki yang petah, comel & bijak
Bersyukur sebab mempunyai adik beradik yang sentiasa memberi sokongan dikala susah dan senang
Bersyukur sebab mendapat bos yang baik dan sentiasa memberi tunjuk ajar untuk terus maju
Bersyukur sebab mempunyai pekerjaan yang stabil dengan gaji yang berpatutan
Bersyukur sebab mempunyai kawan yang baik yang sedia terima kekurangan dan kekhilafan diri ini
Wajib mengetahui bahawa syukur kepada Allah adalah salah satu perintah Allah yang wajib atas setiap orang beriman.
Firman Allah :
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu , supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Al-Baqarah : 152)Seserang itu dikatakan memenuhi perintah syukur kepada Allah apabila dia memenuhi 3 perkara berikut :
1. Mengucap dengan lidah berserta hati kalimat2 seperti Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah atau lain2 sepertinya.
2. Menggunakan segala ni'mat pemberian Allah berupa kesihatan, harta, tenaga, wang ringgit untuk berbakti kepada Allah. Contohnya sedekah fisabilllah, membantu faqir miskin dan anak yatim, membuat gotong royong kerja2 kebajikan dll.
3. Menjauhkan diri dari menggunakan harta, wang ringgit dan nia'mat2 lain kepada perkara2 haram seperti berjudi, bermain saham, membazir dll yang ditegah.
Kepayahan seseorang itu untuk melakukan syukur yang dituntut ini berpunca dari :
1. Tiada Ilmu pengetahuan yang cukup dan benar.
2. Kekotoran didalam hati.
3. Gangguan nafsu dan syaitan dalam hati.
Maka wajiblah seseorang mendidik hatinya dengan zikrullah yang banyak supaya ianya dapat disucikan. Apabila hatinya suci dan bercahaya dengan cahaya zikrullah maka akan terlihat didalam hatinya betapa banyak dan besarnya Ni'mat dan Rahmat Allah kepadanya.
Setiap nafasnya yang turun naik adalah Rahmat Allah.
Setiap titik air yang menghilangkan dahaganya adalah Ni'mat ALlah.
Setiap kudratnya untuk menggerakkan kaki dan tangannya adalah Ni'mat Allah.Seluruh harta dan kekayaan nya adalah Ni'mat Allah.
Kemudian bandingkan pula dengan manusia2 lain yang tidak mendapat Ni'mat2 seperti itu. Cuba kita renung jauh sedikit dari tempat kita. Berapa ramai manusia menderita dan mati kelaparan. Berapa ramai kanak2 di Afrika buncit perut mereka kerana hanya mendapat lumpur sebagai makanan. Berapa ramai pula yang mati dalam dahaga kerana tidak mendapat walau setitik air. Berapa ramai pula yang mati tanpa belas kasihan di Palestin, Afghnaistan dan Iraq. Tiada tempat tinggal, tiada harta menjadi pelarian. .....renungkanlah betapa kita selama ini tidak bersykur dengan apa yang diberi oleh Allah Ta'ala.
BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH...KERANA NIKMAT YANG MELIMPAH RUAH...SOLATLAH...TINGGALKAN SEGALA YANG SIA-SIA...KERANA KITA AKAN MATI JUGA....
Sesungguhnya…. saya sangat BERSYUKUR kepada Mu Ya Allah….
No comments:
Post a Comment