Tuesday, March 29, 2011

::kereta auto?kereta manual? ::

Penambahbaikan silibus kurikulum latihan mantapkan pemanduan lebih komprehensif

KUALA LUMPUR: Pelatih yang mahu mendapatkan lesen memandu akan dibenarkan menjalani latihan dan ujian menggunakan kenderaan transmisi automatik tidak lama lagi selepas kerajaan meluluskan penambahbaikan silibus kurikulum latihan memandu sedia ada yang menggunakan kenderaan transmisi manual.

Berikutan itu, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata, kurikulum baru itu sudah siap sepenuhnya dan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi selepas Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima peruntukan daripada kerajaan.

“Pelaksanaan sistem itu selaras permintaan orang ramai, manakala penambahbaikan silibus kurikulum akan turut memasukkan elemen nilai tambah untuk melahirkan pemandu kompeten, berhemah dan berdisiplin.

“Melalui sistem terbaru itu, calon mempunyai pilihan untuk menjalani ujian memandu menggunakan kenderaan transmisi automatik, berbanding sekarang yang membenarkan mereka menggunakan kenderaan manual sahaja.

“Kerajaan mendengar permintaan orang ramai berikutan penggunaan kenderaan transmisi automatik semakin meluas di negara ini. Saya tidak menjangkakan institut memandu akan menghadapi masalah untuk menjayakan sistem baru itu nanti,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Abdul Rahim berkata, penambahbaikan silibus bertujuan memantapkan kurikulum latihan memandu secara komprehensif bagi melahirkan pemandu yang bukan saja mahir mengendalikan kenderaan dan mengetahui peraturan jalan raya, malah meliputi penerapan aspek menyeluruh.

Bagi tujuan itu, suntikan input diperoleh daripada pelbagai pihak berkaitan, berkepakaran dan berkepentingan, termasuk Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Sementara itu, Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) , Mat Aris Bakar, berkata penambahbaikan silibus berkenaan adalah yang pertama kali dalam tempoh 13 tahun kurikulum latihan memandu dilaksanakan setakat ini.

Pada Mesyuarat Agung PIMA di Kota Bharu pada 18 Mac lalu, beliau berkata, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, memaklumkan ahli persatuan bahawa kurikulum baru berkenaan lebih efektif serta membabitkan elemen kognitif dan psikomotor yang antara lain memberi penekanan terhadap aspek pengurusan risiko dan emosi.

“PIMA menyambut baik penambahbaikan silibus kurikulum latihan memandu ini dan akan memberikan kerjasama penuh menjayakannya. Pelaksanaan itu juga akan memerlukan kira-kira 12,000 tenaga pengajar di sebanyak 174 institut memandu seluruh negara menjalani kursus secara berperingkat,” katanya.

Mengenai laporan akhbar semalam yang memetik Solah sebagai berkata, ada institut memandu menggunakan khidmat tenaga pengajar tidak terlatih dan kenderaan tiada perlindungan insurans bagi melatih calon yang mahu mendapatkan lesen memandu, Mat Aris mengaku terkejut dan menegaskan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ia membabitkan keselamatan.


hoyeh...hoyeh...
sape nak amek lesen?haaa tu dia....aku la tu..oke. sila. sila. dan sila gelak.
jap ge da ade pulak lesen kereta automatik. hik3

Wednesday, March 23, 2011

::Apabila Kerajinan Melanda::

bila hari2 membeli, kebosanan nak mengorder mula melanda....bila kebosanan melanda diri ini, tahap kerajinan mula menguasai segalanya...menu malam tadi, GULAI KOTAM + SAYUR PAKCHOI + IKAN GORENG + SAMBAL BELACANG = KENYANG....

Thursday, March 17, 2011

::Bila Jepun Dilanda Tsunami::

Musibah yang melanda negara Matahari Terbit baru-baru ini telah mengundang banyak reaksi dari seluruh pelusuk dunia. Aku sendiri berharap agar mereka yang berada dikawasan yang terjejas khasnya tabah mengharungi detik detik ini. Khabar terkini pagi tadi, perubahan cuaca yang agak mendadak di Jepun dan sesuatu yang diluar jangkaan telah berlaku. Jepun kini diselaputi salji di bulan Mac. Pelik tapi benar. Subhannallah.

Dalam pada itu, lambakan ucapan takziah dan simpati dilahirkan dari segenap golongan pemerintah, bangsawan, rakyat kebanyakan malah golongan artis dan selebriti. Dan Malaysia sendiri berjaya meletakkan namanya sebagai negara yang berjaya mencuri perhatian dunia dengan komen / tindakan yang kurang sensitif segelintir rakyatnya. Antara yang paling sukses meletakkan Malaysia dalam highlight dunia :

1. Kartun Ultraman dalam akhbar arus perdana :


Kesian sungguh pada kartunis yang terang-terangan tak dapat membezakan antara realiti dan fantasi. Kot ye pun nak melawak, agak-agak la kan. Nak nyer bab hidup mati orang. Ultraman tu pun selalunya dok musnahkan benda je. Tak pernah pula aku dengar yang dia bekerja dengan jabatan kaji cuaca dan boleh siapkan protection plan nak menghadapi bencana.

2. Artis yang ala-ala ustadz dalam Nur Kasih tapi ..... :


Daripada dok buat havoc tak tentu pasal camtu, cuba cari publisiti yang lebih bagus and kreatif sikit. Tak tau camne? Cuba tengok pengikut illuminati si Mother Monster yang sentiasa kontroversi, Lady Gaga. Jangan salah faham. Aku tak suruh korang jadi macam dia but to think out of the box macam dia. She came out with this :



Gelang merah putih (warna bendera jepun) yang ditulis dengan ungkapan 'We Pray For Japan' dalam bahasa Inggeris dan juga Jepun. Gelang ni dorang jual online USD5 setiap satu. Affordable kan? Korang dapat gelang Gaga, orang Jepun dapat duit. Majalah 'People' laporkan yang hasil jualan gelang tu dah mencecah RM770,000 (16/03/11). How cool is that?

Iktibar utk kita semua...Bila2 masa saja Allah boleh ambil semula kenikmatan dunia yg diberi pada kita...

Wednesday, March 16, 2011

::Appreciation + Grateful::



Marilah kita berdoa kepadaNya agar kita alwayz be safe from any unwanted disaster seperti yang dialami oleh rakyat Jepun sekarang dan yang pastinya lagi berdoa kepadaNya agar kita menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur.

Bersyukur sebab Allah memberikanku kesihatan tubuh badan

Bersyukur sebab Allah memberi peluang kepadaku bernafas di atas muka bumiNya sehingga saat ini

Bersyukur sebab Allah memberikan ku dan ahli keluargaku kesihatan tubuh badan

Bersyukur sebab mempunyai suami yang menerima diriku ini seadanya

Bersyukur sebab mempunyai emak dan abah yang memahami dan penyayang

Bersyukur sebab dikurniakan 2 anak lelaki yang petah, comel & bijak

Bersyukur sebab mempunyai adik beradik yang sentiasa memberi sokongan dikala susah dan senang

Bersyukur sebab mendapat bos yang baik dan sentiasa memberi tunjuk ajar untuk terus maju

Bersyukur sebab mempunyai pekerjaan yang stabil dengan gaji yang berpatutan

Bersyukur sebab mempunyai kawan yang baik yang sedia terima kekurangan dan kekhilafan diri ini

HAKIKAT SYUKUR

Wajib mengetahui bahawa syukur kepada Allah adalah salah satu perintah Allah yang wajib atas setiap orang beriman.

Firman Allah :

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu , supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Al-Baqarah : 152)

Seserang itu dikatakan memenuhi perintah syukur kepada Allah apabila dia memenuhi 3 perkara berikut :

1. Mengucap dengan lidah berserta hati kalimat2 seperti Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah atau lain2 sepertinya.

2. Menggunakan segala ni'mat pemberian Allah berupa kesihatan, harta, tenaga, wang ringgit untuk berbakti kepada Allah. Contohnya sedekah fisabilllah, membantu faqir miskin dan anak yatim, membuat gotong royong kerja2 kebajikan dll.

3. Menjauhkan diri dari menggunakan harta, wang ringgit dan nia'mat2 lain kepada perkara2 haram seperti berjudi, bermain saham, membazir dll yang ditegah.

Kepayahan seseorang itu untuk melakukan syukur yang dituntut ini berpunca dari :

1. Tiada Ilmu pengetahuan yang cukup dan benar.
2. Kekotoran didalam hati.
3. Gangguan nafsu dan syaitan dalam hati.

Maka wajiblah seseorang mendidik hatinya dengan zikrullah yang banyak supaya ianya dapat disucikan. Apabila hatinya suci dan bercahaya dengan cahaya zikrullah maka akan terlihat didalam hatinya betapa banyak dan besarnya Ni'mat dan Rahmat Allah kepadanya.

Setiap nafasnya yang turun naik adalah Rahmat Allah.
Setiap titik air yang menghilangkan dahaganya adalah Ni'mat ALlah.
Setiap kudratnya untuk menggerakkan kaki dan tangannya adalah Ni'mat Allah.
Seluruh harta dan kekayaan nya adalah Ni'mat Allah.

Kemudian bandingkan pula dengan manusia2 lain yang tidak mendapat Ni'mat2 seperti itu. Cuba kita renung jauh sedikit dari tempat kita. Berapa ramai manusia menderita dan mati kelaparan. Berapa ramai kanak2 di Afrika buncit perut mereka kerana hanya mendapat lumpur sebagai makanan. Berapa ramai pula yang mati dalam dahaga kerana tidak mendapat walau setitik air. Berapa ramai pula yang mati tanpa belas kasihan di Palestin, Afghnaistan dan Iraq. Tiada tempat tinggal, tiada harta menjadi pelarian. .....renungkanlah betapa kita selama ini tidak bersykur dengan apa yang diberi oleh Allah Ta'ala.

BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH...KERANA NIKMAT YANG MELIMPAH RUAH...SOLATLAH...TINGGALKAN SEGALA YANG SIA-SIA...KERANA KITA AKAN MATI JUGA....

Sesungguhnya…. saya sangat BERSYUKUR kepada Mu Ya Allah…. :-)

::karenah anak2ku::

semalam lepas balik dari keje, sampai taska dah lewat...Hafiy n Hariz dah lapar, so, terus p kedai makan.

Situasi di kedai makan

Hafiy : Saya nak makan nasi goreng cina dgn Teh O Ais
Hariz : Saya nak makan nasi goreng India dgn air laici

Terus tergelak besar budak yang nak ambik order tu

Org kedai : Mana ada nasi goreng India, dik.
Hariz : Nagi goreng Melayu?
Org kedai : Nasi goreng Melayu ada macam2. Nasi goreng Jepun ada la.
Hafiy : Takut tsunami la.

Macam2 hal anak Maizatul Hima n Abdul Razak ni...tapi so cute...

Monday, March 14, 2011

::Yonex All England Badminton 2011::

Final Perseorangan Lelaki

Lee Chong Wei (Malaysia) Vs Lin Dan (China)

set 1: 21-17

set 2: 21-17

TQ Dato' Lee Chong Wei. We proud of u..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...