Friday, July 17, 2009

::happy birthday abah::

17 july 2009 - hari lahir ayahanda tercinta (Salleh b. Mohamad)

Buat abah,

selamat hari lahir yang ke-64tahun. sudah banyak umur abah. aku lihat ketenangan di wajah abah, walaupun di hati abah begitu risau memikirkan tentang kehidupan anak2. hmmm... aku dah cakap kat abah.abah jgn risau dgn kami. abah diam, mengangguk dan mengerti, namun aku tahu, abah masih meneropong dari jauh. 6th sense nya berfungsi dgn cemerlang, tahu aje apa yg tersimpan di hati kami. dan sekiranya kami hampir rebah, abah melebarkan sayapnya dan menghulurkan tangan.abah bukan membantu menyelesaikan tetapi menunjukkan jalan.supaya kami terus bangkit dan meneruskan larian.

abah,kami sayang ayah.
kami doakan abah terus diberikan kesihatan yg baik.
abah terus menikmati kehidupan yang sejahtera.
abah terus menikmati kebahagiaan.

kami doakan segala2nya yang terbaik utk abah.
abah,kami sayang abah.
abah jgn lupa makan ubat.
abah jgn leka masa memandu.

kami akan pulang menjenguk abah selalu.
abah,maafkan kami.terkadang kami berdegil.
tak mahu menerima pendapat ayah.

abah,
terima kasih.siapalah kami, tanpa kasih dan sayang darimu, abah.

Dari anak-anakmu,
Lyana,Maiza, Nupuz,Hafiz,Fahmi,Fazira

Friday, July 10, 2009

::untukmu ibu::

hari ni 10 julai 2009 merupakan birthday my mum yg ke 50thn!!!happy birthday to you mum!!semoga mak semakin tabah n diberi kesihatan yg baik!!!terima kasih mak di atas segala pengorbanan dan susah payah mak membesarkan anak-anak mak selama ni...mak...kami adik beradik sayangggg sgt kat mak!!!(sebak lak mak..uhuhu..)...mum...i miss you so much....

Bila dahaga, yang susukan aku...MAK
Bila lapar, yang suapkan aku...MAK
Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku...MAK
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut...MAK

Bila bangun tidur, aku cari...MAK
Bila menangis, orang pertama yang datang..MAK
Bila nak bermanja, aku dekati...MAK
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah...MAK

Bila sedih, yang berjaya memujukku hanya..MAK
Bila nakal, yang memarahi aku...MAK
Bila merajuk, yang memujukku cuma..MAK
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah...MAK

Bila gementar, yang tenangkan aku...MAK
Bila nak peluk, yang aku suka peluk...MAK
Aku selalu teringatkan...MAK
Bila sedih, aku mesti telefon...MAK

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu...MAK
Bila bengang, aku suka luah pada...MAK
Bila takut, aku selalu panggil...."MMMMMAAAAAAAKKKKKK!"
Bila sakit, orang paling risau adalah...MAK

Bila nak exam, orang paling sibuk juga...MAK
Bila buat hal, yang marah aku dulu...MAK
Bila ada masalah, yang paling risau...MAK

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...MAK
Yang selalu masak makanan kegemaranku...MAK
Kalau balik kekampung, yang selalu bekalkan kuih muih..MAK
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang ku...MAK

Yang selalu berleter kat aku...MAK
Yang selalu puji aku...MAK
Yang selalu nasihat aku...MAK

Bila bosan dan terasa nak jalan-jalan, yang setia temankan aku...MAK
Bila nak kahwin..orang pertama aku tunjuk dan rujuk...MAK

Sekarang,aku dah ada suami....
Bila seronok, aku cari...suamiku
Bila sedih, aku cari...MAK
Bila berjaya, aku ceritakan pada...suamiku
Bila gagal, aku ceritakan pada...MAK
Bila bahagia, aku peluk erat...suamiku
Bila berduka, aku peluk erat...MAK
Bila nak bercuti, aku bawa....suamiku

Bila berkursus, aku hantar anak kerumah...MAK
Bila sambut ulangtahun...aku bagi hadiah pada...suamiku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu, MAK!"

Selalu...aku ingat suamiku
Selalu...MAK ingat kat aku

Bila-bila...aku akan telefon...suamiku
Bila ada mood, aku telefon...MAK
Selalu...aku belikan hadiah untuk...suamiku
Entah bila...aku nak belikan hadiah untuk...MAK

Mak tak pernah minta duit sebagai balasan penat lelah membesarkan kita, cukuplah sekadar kita mendoakan kesihatan mereka, dan pulang menjenguk sekali sekala pun jadilah....

Masa kecil dulu MAK sanggup menjaga aku ketika sakit, membasuk muntah, memandikan aku ketika aku tidak berdaya untuk mandi sendiri, menyuapkan makan...

Sekarang....

Berapa ramai yg sanggup menyuapkan ibunya..berapa ramai ang sanggup mencuci muntah ibunya...berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersikan luka kudis ibunya...berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya....

Al-kisah...seorang anak mendapatkan ibunya yangs edang sibuk menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya...

Kos upah membantu ibu: .......

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya...

Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan, minum, pakaian dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah keseluruhan NILAI KASIHKU - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.....

Saturday, July 4, 2009

::accident::

hari ini aku menerima berita yang menakutkan apabila mendapat msg dari kampung

"abah kena langgar dengan motor..kaki abah retak"


ketika ini aku berada di PD kerana suamiku ada bengkel d Tiara Beach Resort...
terus call kampung tanya khabar abah...abah masih dirumah...kejadian berlaku pada malam sebelum tu lagi selepas abah balik solat isyak di surau..malam tu abah pergi surau jalan kaki....dilorong jalan kaki tu sangat gelap..ntah kenapa elektrik terputus agaknya..abah tahan satu motor yang lalu nak tumpang balik....motor ni pulak tak dak lampu..dengan tiba2 dirempuhnya abah...tapi selamat abah sempat mengelak sikit...kaki abah saja yang terkena...
maklumat terkini yang aku dapat tahu, mak dah bawak abah p mengurut sebab abah rasa sakit kat lutut...tukang urut kampung tu cakap tulang lutut abah lari sikit...aku dah desak abah pergi hospital jugak takut2 apa terjadi...but abah cakap tengoklah dulu 2 3 hari lagi macam mana...*sigh*...dah cakap dengan kakak aku yang memang dah ada kat kampung...apa2 hal pls let me know.....SUSAH HATI BEB... apa2pun aku doakan abah cepat sembuh....kepada mak...sabar yer...jangan bagi abah buat kerja apa2 pun...abah nie memang jenis yang tak reti dok diam....mesti ada je keje yang dia nak buat...LUV U DAD...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...