Thursday, August 20, 2009

::Sharing - Rahsia Solat Awal Waktu::

Dipanjangkan untuk renungan bersama...

Keputusan awal kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang. Sains sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi/aerobic/yoga/pilate/masakan dan sebagainya...

Wallahu'alam...

::Somebody is leaving::


::Selamat bertandang::

Cuma tinggal hari ini dan esok kita boleh makan minum tanpa segan silu di pagi hari. Ya. Ramadhan datang lagi. Insyaallah, hari Sabtu kita semua bakal memulakan ibadah puasa untuk tahun ini. Itu bermakna, hari Sabtu pagi tu kita dah mula bersahur.Penantian yang berbulan2 untuk menempuh bulan penuh keberkatan ini akhirnya sampai juga.

Tahun ni, aku nak pujuk/train Hafiy untuk berpuasa. Maybe la bagi ganjaran duit raya sikit. See how it goes la.


Dah tua2 nih..I think penghayatan Ramadhan tu kena lebihkan sikit. Boleh ke nak khatam Quran dalam masa sebulan ni agak2 nyer? Bolehnyer, sebabnyer Biro Agama MQA kali ni dah anjurkan. Insyaallah. Apa-apa pun, diharap bulan puasa ni dapat dikurangkanlah nafsu berbelanja tak tentu hala ye. Moga2 berkat hendaknya. Amin!

Friday, August 14, 2009

::jom p konvo uthm::

10 Ogos 2009, I attended my bro's Convocation from morning until late evening. My bro nie anak yang ke-4 in the family..

Syukur kehadrat Illahi kerana memberikan dia (hafiz) ruang untuk terus menuntut ilmu. Penat lelah dia belajar selama 4 tahun telah berhasil. Sudah pastinya kedua ibu bapaku rasa bangga... kerana dia anak pertama mak bapak aku yang telah berjaya mendapat segulung ijazah...Alhamdulillah...Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian....

Rombongan yang bertolak ke konvo adikku nie tak ramai. Hanya kedua ibu bapaku dan keluarga ku semata-mata. Bukannya tak ada orang yang nak follow, tapi disebabkan kerana ada berita kematian akibat H1N1 di situ, maka semuanya terbantut. Tapi aku buat dek jer...kesian kat hafiz plak...tapi preparation utk ke sana telah dibuat awal... 9/8/2009 - kami bertolak dari KL ke Kluang mengambil masa kira2 2 jam setengah...kenapa tak stay kat batu pahat? sebabnya semua dah fully book..even 'contoversy hotel - KATERINA HOTEL - adegan Chua Soi Lek tut tut' pun penuh jugak... So. tempat tinggal kami adalah di PRIME CITY HOTEL, Kluang..3 star jek...Tengok gaya macam cun kat Internet, sekali pergi...kureng la sikit...tapi kira OK lah...at least ada jugak tempat utk kami berteduh...
cuci mata sikit tgk gelagat bebudak, mak budak, bapak budak, tok budak......

di hotel


di hari convocation

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...