Tuesday, October 11, 2011

::Jadi la::

Kakitangan awam semua.....amacam suka tak?
|
|
|
|
|
|
|
""
"
Sumber : FB

Aku rasa cam banyak jugak tu..apa2 pun syukur alhamdulillh dr takde peningkatan langsungkan..
Langkah pertama aku buat lepas pembentangan bajet is:

Daftar Haji...aku tau agak terlambat jugak sebenarnya kan..umur dah nak cecah 31 tahun baru terkial-kial nak daftar....tak kisah lah...

kawan aku daftar utk turn haji..dia dapat turn tahun 2041...ermmmm agaknya time aku nak daftar nanti tahun berapa la pulak turn aku nanti ya..2065?.. rezeki masing2 jugak lahkan..sesapa dah cukup RM1300 dlm akaun tu cepat2 lah daftar..

::Moral of this Story::

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

(petikan drpd email)
Sesungguhnya ima kagum dengan sikap budak tu. Dia menyedarkan kita, siapa kita sebenarnya!
Sebar sebarkan ler boleh jadi pengajaran utk org2 yg pemalas bekeje

Monday, October 10, 2011

::Intipati Bajet 2011::


- Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima Wang Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 yang akan dibayar melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
(Alhamdulillah, save bayar duit sekolah)

- Pemberian baucer buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam, swasta tempatan, matrikulasi & tingkatan 6.

- Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji (minimum RM500) bersama gaji bulan Disember 2011.
Pesara kerajaan juga akan menerima bayaran bantuan RM500.

- Bantuan sebanyak RM500 (sekali bayar) akan diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

- Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan kerajaan.

- RM15 juta akan diperuntukkan untuk membina gelanggang futsal dengan matlamat
“Satu Gelanggang Satu Mukim”.

- RM200 juta akan disediakan untuk melatih belia yang telah meninggalkan sekolah melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY 1Malaysia)

- Kerajaan akan memberikan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik bagi wanita. Klinik 1Malaysia juga akan teruskan dibina di seluruh negara.

- Untuk membantu golongan gelendangan, Kerajaan akan menyediakan pusat khidmat bantuan sosial dikenali sebagai Anjung Singgah.

- Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yang didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma jika mereka tidak mampu melantik peguam sendiri.

- Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

- Pemberian subsidi untuk minyak petrol, gas LPG, gula, beras akan diteruskan seperti biasa. Kerajaan juga akan terus menanggung bil elektrik yang kurang dari RM20 sebulan.

- Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian kepada 5,000 pengajian ijazah sarjana & 500 bagi doktor falsafah.

- Umur bersara wajib kakitangan awam dinaikkan dari umur 58 tahun kepada 60 tahun.

- Mulai 2012, Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perkhidmatan Baru Awam menggantikan Skim Saraan Malaysia di mana kenaikan Gaji - Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. 600,000 pesara kerajaan juga akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

- Kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah kerajaan.

- Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kpd RM186.9 bilion. Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% daripada KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.

- RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Teks sepenuhnya click here

Sunday, October 9, 2011

::Love::

A successful marriage requires falling in love many times, and always with the same person. - Mignon McLaughlin

Syukur ...walaupon sudah hampir 11 tahun bersama dan 8 tahun berkahwin, our love to each other become stronger each day..

P/s: hari ni mood ade bunga dalam taman :D

Friday, August 19, 2011

::lagu raya dulu lagi best daripada lagu raya sekarang kan?::

Assalamualaikum.

Tak smpai setengah bulan lagi kita nak smbut hari raya kan? bestnye.bestnye.

dolu2, time-time macam ni mesti sedih sebab teringat kampung halaman. nak nangis pun senyap-senyap je letak bantal atas muka. padahal tilam da banjir dengan air mata time tu. sobbs..sobss...sedeynyer

tapi sekarang tak lagi. sebulan puasa kat rumah. 12hari dapat balik beraya kat kampung halaman sendiri n mertua, nak sedih ape lagi?

sekarang ni, detik ni, kala ini kalau bukak radio apa-apa channel pon gerenti lagu raya yang keluar. betul tak?

tapi pelik kan, kenapa kebanyakan lagu raya yang best2 semua yang lama-lama. tu ha yang saloma nyanyi tu smpai sekarang ni kalau keluar kat radio mesti terasa aroma hari raya tu kann?

tapi kenyataan nya lagu raya dulu lagi best dari lagu raya sekarang, kan?

sekian.

okbai.

Tuesday, August 9, 2011

::Bonus::Alhamdulillah::

بِسْمِ اللهِالرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Nampaknya dah seminggu++ kita menyambut Ramadhan tanpa disedari. Alhamdulillah nampaknya suasana Ramadhan masih ceria bagi kita. Dalam bulan ini pastinya banyak wang yang perlu digunakan untuk persiapan raya. Bagi kakitangan awam, bonus hari Raya amat dinanti-nantikan bagi mengurangkan beban kewangan.

Dan berita baik buat semua kakitangan awam, Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM 500 kpd semua kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 dan jugak berita baik buat pesara, mereka akan menikmati RM500. Yahoooooooooooooooooooooooo.....


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. – BERNAMA

Alhamdulillah....walaupun tak dapat seperti yang digembar-gembur tapi ima bersyukur sgt² dgn apa yg ada skrg nih...

Monday, August 1, 2011

::Salam Ramadhan::


Semoga Ramadhan tahun ini ibadah yang dilakukan oleh kita lebih baik dari tahun lepas. Penuh kesyukuran kerana dapat menikmati lagi Ramadhan yang mulia ini. Saya memohon ampun maaf sekiranya ada keterlanjuran kata, salah dan silap sehingga menyinggung hati mana-mana pihak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...