Thursday, June 23, 2011

::Belum Ganti Puasa Lagi Nih::

بِسْمِ اللهِالرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Hari nih dah masuk 23hb Jun….Ermmm...ni kan bulan Rejab dalam kalendar bulan Islam bermakna bulan Puasa aka bulan Ramadhan bakal menjelang tiba tak lama lagi....Ima tak sure bila nak start ganti puasa ni..ade 2 hari lagi pdhal x byk pun tp nape liat nak ganti cpt² kan....Ramadhan dah dekat. Ya Rabbi..ape nak jadi ngan aku ni? Tapi InsyaALLLA Ima start ganti puasa minggu depan...

Ima just nak ingatkan kat korang gak, sesiapa yang belum ganti puasa yang korang 'kantoi' tahun lepas tu, boleh lah korang gantikan perlahan²..especially nya golongan pompuan la....Kaum lelaki ada gak ker? Biar betul hihihi....

Korang ade 1 bulan jer lagi untuk korang nak ganti puasa korang tu. Ingat tu ade 1 bulan sahaja lagi. Takde sebarang alasan. Kena ganti jugak. Manakala bagi mereka yang dah ganti puasa ataupun memang takde apa-apa, korang boleh lah buat puasa sunat di bulan rejab ni. Banyak kelebihannya kalau korang nak tahu..

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

::Islam Larang Ibu Bapa Laknat Anak::



Sering kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan. Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor ataupun doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan. Ibu tidak pernah merasa bersalah atau berdosa atas perbuatannya itu. Sambil bersungut dan mengumpat, si ibu meninggalkan permata hatinya itu menangis.

Memang tugas sebagai ibu di rumah tangga mempunyai tugas yang sangat berat, ibarat pekerja ibu mempunyai jam kerja yang tidak terbatas berbanding bekerja di pejabat selama enam hingga lapan jam.
Selepas itu dia boleh beristirahat dengan tenang. Sedangkan bagi ibu yang memiliki anak menjaga mereka 24 jam, belum melayani suami, memasak, mengurus rumah, menggosok pakaian dan sebagainya. Aduh kasihan sungguh kaum ibu. Beruntunglah ibu yang suaminya menyediakan pembantu di rumah untuk meringankan tugasnya. Bagaimana pula apabila suami tidak mampu? Tentu isteri yang perlu menyelesaikan tugas itu bersendirian dan biasanya apabila ibu keletihan di tambah pula dengan kerenah anak sudah pasti ibu tidak dapat kawal emosi.

Maka keluarlah cercaan, cacian, makian, laknat dan sumpah yang tidak baik kepada anak mereka.
Biasanya seorang ayah yang mendengar kadang hanya berdiam diri saja. Lalu bagaimana sebenarnya Islam memandang hal ini? Memang apabila seseorang jauh dari penghayatan Islam yang mulia ini akan menyeret mereka dalam dosa dan maksiat bahkan mereka secara tidak sedar menzalimi diri mereka.

Kerana itu wajiblah bagi semua Muslim dan juga Muslimah mempelajari agama agar mereka terhindar dari apa yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang di perintah-Nya. Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika kita marah. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi doa dan di kabulkan.

Dari Jabir bin Abdullah, beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Janganlah kalian menyumpah diri kalian, dan jangan pula menyumpah anak-anak kalian dan harta kalian, anda tidak mengetahui saat anda menyebut itu menjadi (doa) dan dikabulkan sehingga Allah akan mengabulkan sumpah itu." (Hadis Riwayat Muslim)


Hadis di atas menjelaskan bahawa ada waktu baik yang di dalamnya akan dikabulkan doa. Demikian itu hadis berkenaan melarang kita untuk menyumpah diri, putera-puteri kita dan harta kekayaan kita supaya sumpah itu tidak bertepatan dengan waktu doa itu dikabulkan.

Tetapi sayangnya sebagaimana yang dipaparkan di atas, ramai kaum ibu sebenarnya yang melaknat dan menyumpah anak mereka, tetapi beralasan mereka sebenarnya tidak bermaksud melakukan sedemikian.
Sebagaimana kita ketahui, alasan itu tidak dapat diterima kerana larangannya jelas dan tegas. Penulis mendapati pengalaman itu boleh dijadikan ibrah (pelajaran) bersama.

Ada satu cerita di mana ada seorang anak lelaki berusia sembilan tahun tersambar petir. Maka ramailah orang datang untuk melihatnya. Tidak lama kemudian datanglah seorang ibu yang menangis teresak-esak dan menjerit kerana tidak mendapat tahu anaknya sudah meninggal dunia.
Selepas beberapa waktu, rupanya kematian anaknya itu adalah akibat dari sumpah ibunya sendiri yang ketika itu sedang marah yang menyumpah agar anaknya disambar petir. Akhirnya sumpahnya itu dikabulkan Allah dan ibu berkenaan terlalu menyesal. Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

Sungguh menyedihkan apabila seseorang jauh dari nilai agama sehingga membuatkan diri mereka terjerumus melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya.
Semoga Allah membimbing kita semua serta mengampuni segala dosa kita.

Sebenarnya banyak tip yang boleh di pelajari oleh ibu agar mereka mampu boleh mengawal emosi ketika marah. Antaranya:


1. Ketika ibu marah, ingatlah bahawa Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah bahawa anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita.
Kita juga dulunya anak yang nakal dan menyakitkan orang tua kita.

2. Tarik nafas dalam-dalam dan santai (relaks).


3. Bila kedua-dua cara di atas belum boleh menguasai emosi segeralah beristighfar. Apabila ingin meninggikan suara maka lakukanlah sehingga anak mendengar suara kita.

4. Seseorang akan mudah marah akibat keletihan. Maka jangan memaksa diri dalam melakukan pekerjaan rumah sebaiknya tidurlah segera ketika anak tidur. Berbincanglah dengan suami berkenaan cara dan kaedah selain bacalah buku sebagai panduan.

5. Jangan lupa berdoalah kepada Allah agar hati ibu dalam genggaman-Nya. Insya-Allah, kita tidak akan membiasakan diri lagi menyumpah anak kita ketika marah.

Sumber : www.srikasih.co.cc

Tuesday, June 21, 2011

::Perbezaan Drama Nora Elena dan Novel Kasih Yang Suci::

Habis sudah drama kegilaan ramai iaitu Nora Elena. Rasa macam sekejap sangat la pulak drama tu habis, maybe tayangan 4 kali seminggu kot. Tak macam drama² lain yang seminggu sekali kan. Apa² pun ending drama Nora Elena ni agak memuaskan gak la happy ending. Tapi pada Ima drama ni macam terlalu rushing nak di habiskan. Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Drama Nora Elena ni diadaptasi longgar dari novel Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha.... Kalau dah ada 'adaptasi longgar' so memang kita tak boleh nak expect drama ni memang bulat² macam dalam novel.

So, kat sini ada beberapa perbezaan yang terdapat diantara drama Nora Elena dan novel Kasih Yang Suci


Hehe...tu la antara perbezaan yang nampak ketara pada mata Ima. Banyak lagi sebenaqnya. Tapi apa² pun perbezaan ni tak mengganggu kot penonton yang dah baca novel ni. At least ada jugak perasaan nak tau kan walaupun dah habih baca novel tu.

Syabas diucapkan kat semua pelakon yang berjaya bawak watak dengan baik sekali especially Aaron Aziz. Lepas tgk drama ni, mmg Ima minat giler dgn dia...hehehe...jangan marah yer En Abah....sekarang ni dah beralih pulak ke STANZA CINTA setiap hari Ahad jam 9 malam....


Monday, June 13, 2011

::Juara terakhir milik HAZAMA akhirnya...::


Penantian lebih 10 minggu dah terjawab bila pelajar yang dimasukkan melalui Operasi Gugur, Hazama Bin Ahmad Azmi aka Hazama telah dinobatkan sebagai Juara terakhir Akademi Fantasia 9 dah tewaskan 3 finalis yang lain iaitu Azri, Fina dan Lena. Hazama telah memenangi wang tunai RM200 ribu beserta piala dan beberapa hadiah iringan. Naib Juara telah dimenangi oleh Lena, tempat ketiga disandang oleh Fina dan tempat keempat dimenangi oleh Azri.

Dengan berakhirnya Konsert Akhir Akademi Fantasia 9, maka dengan ini berakhir jugalah Akademi Fantasia untuk selama-lamanya dan sudah pastinya segala kenangan yang tercipta bermula dari musim pertama hingga yang terakhir ingin bakal dikenang buat selamanya.
Satu Harapan, Satu Tujuan, Satu Destinasi. Impian 9 pelajar Akademi Fantasia 1 hingga 9 telah berubah menjadi realiti.
Ni kedudukan dan peratus undian selepas talian AFUNDI ditutup:

1. Hazama - 45%
2. Lena - 28%
3. Fina - 15%
4 Azri - 12%

Saturday, June 4, 2011

::Siti Saleha::NORA ELENA::Kasih Yang Suci::



pernah dengar citer pasal drama nora elena?

ala, drama yg semakin popular di slot akasia tu

Ima 1st time tengok bukan masa episod pertama...jenuh la dok layan kat tonton.

tapi bila kali pertama tengok terus jatuh hati dengan pelakon si cantik molek yg memegang watak nora elena dalam drama tersebut. upssss! bukan jatuh cinta ok?



takde lah, bila ima tengok muka siti saleha ni sweet jer. cantik mmg lah cantik kan. muka dia mcm muke sharifah sofea pun ade, nurul syuhada pun ade, farah breep breep pun ade.n now, ima dah suke giler meghadap drama nora elena ni. lagi2 bile berlakon dengan aaron aziz yang henshem itew...

nmpak cam sweet couple lah!

dan baru ima tau drama nora elena tu sebenarnyer diadaptasikan melalu novel


KASIH YANG SUCI oleh MEEN ZULAIKHA

disebabkan drama nora elena yg mencuit hati ni dah berjaya nak mencuit duit poket ku utk beli novel ni. keh3.

nnti kalo ade keluar kemana-mana, ima amat pasti akan singgah mana2 kedai buku untuk dapatkan novel ni, sbb mostly blogger2 yg buat review pasal novel ni kata jalan cerita dalam novel ni sgt menarik. ditambah lagi dengan jalan cerita yg diolah melalui drama nora elena!

yeah! ta sbr nak dptkan novel ni!:) tapi dengar citer, banyak kedai buku dah sold out...huhu...

SINOPSIS DRAMA NORA ELENA (TV3)

NORA ELENA merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf — Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).

Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.

Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar?

Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia, dan segala persoalan akan terjawab menerusi drama baru NORA ELENA, yang bakal menemui penonton pada 9 Mei 2011, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00malam, di slot Akasia, hanya di TV3.

SINOPSIS NOVEL KASIH YANG SUCI

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

untuk sapa2 yang nak baca novel Kasih yg suci secara online tapi dia ada skip beberapa pages. Click SINI


Monday, May 23, 2011

::exam sudah datang::

hari ni 1st day exam at Kafa Integrasi Al-Iman. Malam tadi habis satu buku bahasa arab Muhammad Aisy Hafiy study. Sampai aku pun ikut sama menghafal.

Well.. at least aku dah tau..
Ma ismuka?
ismi hima...
hehehe....

hari ni jugak mid exam for sekolah kebangsaan. So i told him last night. This week tak boleh tengok tv waktu malam. Balik sekolah, mandi, terus dinner, buat homework (if any) and then study. Kul 9pm masuk zzzz.....

And umi n abah will try to reach home as early as we can...


::Sedih Sayu Pilu::

Assalamualaikum.

Al-fatihah untuk mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat hari sabtu baru2 ni. Kejadian ni betul2 meruntun jiwa ku sebagai seorang ibu dan aku percaya setiap wanita yang bergelar ibu pasti merasai perkara yang sama...

Semoga roh mereka tenang dan aman di sana dan semoga kejadian macam ni tak berulang lagi.

Di fahamkan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat tiada CF. Sumber MPKj berkata, bangunan itu dibina tanpa mendapatkan kebenaran merancang, kelulusan pelan infrastruktur, kelulusan pelan bangunan, selain tidak memiliki sijil layak menduduki (CF).

Tapi kesiankan, dah jadi camtu baru la nak kata yg umah tu di bina tanpa kelulusan..

::bertambah tension lagi bila tengok berita, ada sorang menteri ni kata,::

"dalam TV dah ada banyak kita bagitahu, tanda2 tanah runtuh, so silalah tengok dan jika ada tanda-tanda tersebut, kena lah cepat2 beritahu pihak berkuasa"

Oh well, dia macam blame Rumah Anak Yatim sebab tak aware. Kalau tanya aku pun, yang kita tahu ialah air mengalir. kalau air mengalir bawah tanah mana kita nak tau, ye tak? anyway, setelah Google, ini adalah tanda-tanda tanah nak runtuh (ambil dari sini) :

Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia


Kawasan tanah runtuh boleh berlaku:
  • di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama
  • di kaki atau permukaan atas cerun
  • di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama
  • di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak

Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh :

  • di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada pergerakan pada masa lampau
  • di kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai

Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh :

  • Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi
  • Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima
  • Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan
  • Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak daripada struktur utama rumah
  • Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit
  • Kepecahan serta kebocoran pada paip air
  • Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar
  • Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok
  • Pemendapan ketara permukaan jalan
  • Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa
Note : sedihnya bila tengok berita malam tadi..takziah pada semua keluarga yang terlibat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...