but time2 ni le yang sometime buat i dont like when people keep asking me..."eh, tak beranak lagi", "eh, keje lagi. ingatkan x dtg opis dah", "eh, bila nak beranak ni"...makes me stress...tp takpe...be +ve...they are caring bout u ima....
Tuesday, April 15, 2014
Mengandung Selepas 8 tahun....anak ke-3...Alhamdulillah
but time2 ni le yang sometime buat i dont like when people keep asking me..."eh, tak beranak lagi", "eh, keje lagi. ingatkan x dtg opis dah", "eh, bila nak beranak ni"...makes me stress...tp takpe...be +ve...they are caring bout u ima....
Monday, April 14, 2014
Thursday, January 31, 2013
Setia Hujung Nyawa
Tengah syok2 tengok citer K-Pop...tetibe je boleh terjebak dengan SETIA HUJUNG NYAWA. Heroin dia NELLYDIA SENROSE lawa gile. Mek kelate le katakan. Amar Asyraf pun henshe. Rasa macam x sabaq nak tau ending..nak baca novel malas sbb nanti x serprais. Ada gak x logik citer ni sebab Ersalina boleh x tau yg dia pregnant..hrmmm..
Wednesday, January 30, 2013
Monday, March 19, 2012
::Fiesta Hot Ballon @ Putrajaya::
fiesta ini dilancar dan dirasmikan oleh Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal, dan Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011 yang ke-3 ini disertai 27 top balloonists dari 14 negara. mereka adalah dari negara seperti United States, Japan, Belgium, Switzerland, New Zealand, Netherlands, France, Germany, United Kingdom, Dubai, India, Thailand, Vietnam and negara kita sendiri iaitu Malaysia. antara balloon yang mempunyai design tersendiri dan mampu menarik perhatian ramai ialah balloon seperti Darth Vader, Doraemon, Woodrow C. Greenleaf Upside and Maurisk. balloon ini akan terbang belegar di ruang udara putrajaya dalam radius 5 km. fiesta 4 hari ini dijangka mampu menarik pengunjung lebih dari 250,000 orang.
Wednesday, February 15, 2012
::15 Rutin Seorang Muslim::

1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah!
2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda anda setiap ketika
3. Tenang, dalam semua situasi
4. Hindari rasa marah
5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.
6. Buat perkara baik.
7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.
8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik
9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga
10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya
11. Peluk ibubapa kita
12. Senyum kepada semua orang selalu
13. Memaafkan, melupakan dan senyum
14. Tidak mencari populariti
15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa
“Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH sama ada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri kepada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan Kekasih agungnya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagiaan dan kesenangan di akhirat kelak.”
Wednesday, December 28, 2011
::Jom klik2 cari sample free::
Another brand yang saya pakai dari zaman sekolah ialah KOTEX..hari ni baru sempat nak register jadi member..alang2 pengguna setia baik register and mintak sampel sekali kan..

Friday, December 9, 2011
::Pukulan Ombak Rindu::

Sejak filem nie ditayangkan pada 1 Dec hari tu... hati aku dah menginja-ginjaaa sangat nak tengok... apatah lagi biler ramai member2 yg update status dah pegi tengok Ombak Rindu.. majority kata besttt.. suker giler ngan filem niee.. waaaaaaaaaaaa... lagi lah diri aku tak senang duduk.. rasa kalau boleh dann dann tu jugak aku nak pi terjah tengok.
Monday, December 5, 2011
Tuesday, October 18, 2011
::Aurat Wanita::
tak nak ulas panjang-panjang, tak nak cakap panjang-panjang....
kalau yang membacanya isteri, sama-sama la kita jaga aurat kita supaya suami tak terjerumus ke dalam neraka.
kalau yang membacanya suami, jagalah aurat isteri kita supaya tidak ditarik ke dalam neraka.
kalau yang membacanya anak lelaki, nasihatkanlah ibu kita supaya tidak tertarik ke dalam neraka.
kalau yang membacanya anak perempuan, jagalah aurat kita supaya bapa dan saudara lelaki kita tidak diseksa kerana kita.
semoga kita semua sama-sama dapat hidayah daripadaNya...

Monday, October 17, 2011
::Anak bertanya, ibu bapa menjawab::
kalaulah matlamat hidup tu cukup jelas, pasti dan pasti, kita akan sedaya upaya mengawal tingkah laku, zahir dan batin, agar tidak melewati barang sesaat perasaan atau naluri yang tidak diredhai-Nya. terjagalah mulut dari mengumpat, terpeliharalah aurat dari terdedah.
bila dah menjadi ibu bapa, tertanggung di bahu tanggungjawab mendidik anak-anak. anak-anak, especially di zaman yang canggih ni, boleh dan akan bertanya kita soalan-soalan yang tak terjangkau dek akal....
ima ada terbaca satu artikel "Pertanyaan Anak Tentang Tuhan yang Patut Anda Jawab dengan Benar Sebagai Orang Tua". Link entry asal boleh klik sini -----> Khalid Abdullah
so, kat sini, ima try translate apa yang ima faham dari article tu
Q1 : Tuhan tu apa?
the right answer : Tuhan itu Pencipta kita, Pencipta langit, bumi, laut, sungai, binatang, umi, abah, to'ki, nek, pah etc
Q2 : Tuhan tu rupa macamana?
the wrong answer : Tuhan tu macam nih, macam tuh, etc
the right answer : Sayang anak2 umi, tahukan rupa bentuk sungai, batu, kucing, kambing,..semuanya.., bentuk Tuhan itu tidak sama dengan apa pun yang pernah kita tengok. Sebut saja bentuk apa pun, bentuk Tuhan itu tidak sama dengan apa yang akan kita sebutkan.
Ucapkan dengan menatap mata anak sambil tersenyum manis
[Dia] Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan [pula], dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Q.S. Asy-Syura:11)
Q3 : Tuhan tu dekat mana?
the wrong answer : Nak, Tuhan itu ada di atas..di langit..atau di surga atau di Arsy or Nak, Tuhan itu ada di mana-mana
Jawapan seperti ini menyesatkan logika anak kerana di luar angkasa tidak ada arah mata angin atas-bawah-kiri-kanan-depan-belakang. Lalu jika Tuhan ada di langit, apakah di bumi Tuhan tidak ada? Jika dikatakan di syurga, bererti syurga lebih besar daripada Tuhan. dikhuatiri anak merasakan prinsip Allahu Akbar itu bohong?
kalau dikatakan Tuhan berada di mana-mana, takut anak akan automatik fikir Tuhan itu banyak dan terbahagi-bahagi, seperti para freemason atau politeis Yunani Kuno.
the right answer : Nak, Tuhan itu dekat dengan kita. Tuhan itu selalu ada di hati setiap orang yang soleh, termasuk di hati kamu, sayang. Jadi, Tuhan selalu ada bersamamu di mana pun kamu berada
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Q.S. Al-Baqarah (2) : 186)
Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada.
(Q.S. Al-Hadiid: 4)
Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah.
(Q.S. Al-Baqarah (2) : 115)
Q4 : Kenapa kita kena sembah Allah?
the wrong answer : Kerana kalau kita tidak menyembah Allah, kita akan dimasukkan ke neraka. Kalau kita menyembah Allah, kita akan dimasukkan ke syurga
Jawapan seperti ini akan membentuk paradigma (pola pikir) pamrih dalam beribadah kepada Tuhan, bahkan menjadi benih syirik halus (khafi). Hal ini juga yang menyebabkan banyak orang menjadi ateis karena menurut akal mereka:
Orang yang menyembah syurga, ia mendambakan kenikmatannya, bukan mengharap Penciptanya. Orang yang menyembah neraka, ia takut kepada neraka, bukan takut kepada Penciptanya.
(Syaikh Abdul Qadir al-Jailani)
the right answer : Nak, kita menyembah Allah sebagai wujud bersyukur kerana Allah telah memberikan banyak kebaikan dan kemudahan buat kita. Contohnya, kita sekarang boleh bernafas menghirup udara bebas, FREE OF CHARGE! Di sungai banyak ikan yang boleh kita pancing untuk makan, atau untuk dibela di akuarium.
Semua untuk kesenangan kita.
Kalau kita tidak menyembah Allah, kita yang rugi, bukan Allah. Contohnya, kalau anak2 umi tak dengar cakap teacher dekat sekolah, anak2 umi sendiri yang rugi, anak2 umi jugak yang jadi tak pandai. Teacher tak rugi apa2 pun.
Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya [tidak memerlukan sesuatu] dari semesta alam.
Q.S. Al-Ankabut: 6)
Dalam usaha mendidik anak-anak, katakanlah kepada mereka:-
"Anak2 umi, mulai sekarang harus belajar cintakan Allah, lebih daripada cintakan umi dan abah, ok?!"
"kenapa, umi?"
"Sebab, one day, umi dan abah akan mati. tapi Allah tak! Kalau anak2 umi cintakan Allah lebih daripada umi dan abah, bila umi dan abah dah mati, anak2 umi tak sunyi sebab Allah sentiasa ada dengan anak2 umi"
"Nanti, Allah juga akan mendatangkan orang-orang baik yang sayang dengan anak2 umi sama macam umi dan abah sayang anak2 umi...maklang, maklong, cu, pakteh, paktam, kawan-kawan, teachers"
"Dan mulai sekarang, anak umi pun kena rajin belajar mengaji AlQuran, biar pandai. Mengaji Quran tu bermakna kita bercakap dengan Allah"
* Kesalahan ibu bapa muslim masa kini adalah lebih menitikberatkan pencapaian English, Math or even music class. Mereka bangga kalau si anak sudah menguasai English or very good in Math. Tetapi, tidak prihatin atau tidak sedih kalau anak-anaknya belum mengenal huruf-huruf hijaiyyah..huruf-huruf yang menghantarkan anak-anak juga orang tuanya pada keredhaan dan kasih sayang Tuhan di dunia dan di akhirat.
I'm not a good mom (yet) hehe, but i surely want the best for my kids di dunia dan akhirat.
sumber : www.khalidabdullah.com
Sunday, October 16, 2011
::Kemuliaan Wanita Hamil Dalam Islam::
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota kaki : Banyaknya pahala.. kena beranak ramai ni.. ^_^
Friday, October 14, 2011
::Ilmu untuk kaum Adam::
1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
::addict::
Thursday, October 13, 2011
::Wangi Semerbak::
Bukan perfume baru yer, tapi fabric softener yg berharga RM9.90. Downy Passion..yg purple Attraction tu ima tak pernah try lagi..lagipun ima asyik jumpa Passion jer. Downy mmg 1 of my favourite fabric softener.....Wednesday, October 12, 2011
::citer kawin::
Cantik sangat baju-baju pengantin dalam In-Trend keluaran Oktober 2011 ni..bila tersedar rupanya dah kawin..heheh..
(Sumber : FB Intrend)(mizz Nina sangat gorgeous & pilihan tepat sbg cover muka depan)
Pernah baca satu tulisan yang memang menarik sangat..
Tuesday, October 11, 2011
::Jadi la::
Sumber : FBDaftar Haji...aku tau agak terlambat jugak sebenarnya kan..umur dah nak cecah 31 tahun baru terkial-kial nak daftar....tak kisah lah...
kawan aku daftar utk turn haji..dia dapat turn tahun 2041...ermmmm agaknya time aku nak daftar nanti tahun berapa la pulak turn aku nanti ya..2065?.. rezeki masing2 jugak lahkan..sesapa dah cukup RM1300 dlm akaun tu cepat2 lah daftar..
::Moral of this Story::
Monday, October 10, 2011
::Intipati Bajet 2011::

(Alhamdulillah, save bayar duit sekolah)
Pesara kerajaan juga akan menerima bayaran bantuan RM500.
“Satu Gelanggang Satu Mukim”.
Teks sepenuhnya click here










